7 Februari tahun ini merupakan hari perayaan Tradisi China, iaitu Tahun Baru China. Setiap tahuni, apabila tiba masa ini, Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) akan menyiarkan malam gembira Tahun Baru China yang gemilang. Dalam ruangan hari ini, saya memilih beberapa program yang gemilang daripada malam gembira Tahun Baru China yang telah diadakan dalam tempoh beberapa tahun yang lalu kepada saudara. Silalah bersama-sama kita mengikutinya.
Lagu yang saudara dengar tadi ialah "Sambutan Tahun Baru China" yang disampaikan oleh enam orang penyanyi, termasuk Zhang Yuanyuan dan Mei Jia. Lagu ini telah menggambarkan perasaan gembira rakyat China ketika merayakan Tahun Baru China.
Dalam lagu ini, mereka menyatakan: "Tahun ini sudah berlalu, kita terus sibuk pada tahun depan. Masa yang panjang berlalu seperti tiada penghujungnya. Biasanya, kita tidak mempunyai masa untuk berjumpa kerana sentiasa sibuk. Pada hari perayaan ini, kita berjumpa dan berbual mesra. Saudara-mara dan kawan-kawan saling mengucapkan 'Selamat Tahun Baru China' dan semua disampaikan dalam suasana mesra."
Tahun Baru China amat penting bagi rakyat China. Sudah menjadi tradisi, semasa persembahan malam gembira diadakan pada malam menjelang Tahun Baru China mereka berkumpul dalam keluarga yang besar dan perkara ini tidak pernah ditinggalkan. Banyak program yang dipersembahkan pada malam gembira tersebut akan popular dalam kalangan rakyat. Seterusnya, silalah dengar "Rakyat Kita" yang dinyanyi oleh Lv Jihong dan Zhang Ye. Lagu ini menyatakan hasrat rakyat China bagi hidup yang bahagia. Dalam lagu ini, mereka menyatakan: "Rakyat China ibarat bintang-bintang di langit. Suasana malam itu menjadi terang benderang kerana adanya bintang tersebut. Setiap keluarga berharap untuk semakin kaya. Negara China berharap kemakmuran dan Rakyat China berharap kehidupan yang bahagia."
Tahun Baru China merupakan hari penyatuan semula. Setiap kali waktu ini tiba, ramai orang yang berhijrah ke bandar-bandar lain mesti balik ke kampung halaman masing-masing untuk berkumpul dengan keluarga. Pengangkutan China pula menyediakan perkhidmatan yang khas, iaitu "penumpang Tahun Baru China". Sekiranya, menjelang Tahun Baru China, mereka berbondong-bondong balik ke kampung halaman selepas berakhir perayaan, masing-masing segera kembali ke tempat kerja. Fenomena tersebut rutin yang dilaksanakan oleh rakyat China semasa sambutan Tahun Baru China dan hasrat bagi penyatuan semula.
Nama lagu yang saudara dengar tadi ialah "Berhasrat Penyatuan Semula" yang dinyanyikaneh Zu Hai dan Keung Hang. Dalam lagu ini, mereka menyatakan: "Berhasrat penyatuan semula, berhasrat bulan bulat. Berhasrat keluarga bahagia, behasrat negara makmur."
Pada akhir ruangan kali ini, silalah dengar lagu "Semakin Baik" yang dinyanyikan oleh Song Zuying. Ini merupakan lagu yang sangat menarik untuk persembahan malam gembira Tahun Baru China 2001. Nyanyian Song Zuying lembut dan merdu. Mendengar lagu ini, kita dapat merasakan suasana yang harmoni dan gembira.
Dalam lagu ini, dia menyatakan: "Rumah semakin besar, telefon semakin kecil. Percutian semakin banyak, pendapatan semakin banyak, kerja semakin baik. Langit lebih biru, air lebih jernih, alam sekitar lebih baik. Kita sentiasa senyuman kerana merasa bahagia. Kehidupan semakin baik."
|