Menurut kalendar China, 7 Februari tahun 2008 merupakan hari raya tradisi China, iaitu Tahun Baru China. Bagi setiap orang China, hari ini merupakan hari raya yang dirayakan paling meriah pada tahun ini. Maka, dalam tempoh itu, aktiviti perayaan diadakan di pelbagai tempat di China, dan banyak adat tradisi China yang diturunkan, diamalkan hingga kini. Dalam ruangan hari ini, saya akan membawa saudara untuk mengenal adat istiadat khas pada Tahun Baru China dan menikmati kegembiraan pada hari raya itu.
Tahun Baru China juga merupakan permulaan tahun yang baru. Adat itu bermula dengan aktiviti sembahyang pada zaman dahulu kala. Pada hari itu, orang ramai akan bersembahyang dan berdoa agar cuaca baik bagi tanaman di ladang supaya memberikan hasil tuaian yang makmur.
Lagu yang saudara nikmati tadi diberi tajuk "Bunyi Mercun". Lagu ini menggambarkan pemandangan orang ramai membakar mercun.
1 2 3
|