Dalam ruangan kali ini, saya akan memaklumkan kepada saudara beberapa program yang gemilang dalam malam gembira Tahun Baru China Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) yang diadakan dalam tempoh beberapa tahun yang lalu kepada saudara. Pertama, silalah menikmati lagu "Keluarga Harmoni, Masyarakat Harmoni".
Lagu yang saudara dengar tadi ialah "Jia He Wan Shi Xing" yang disampaikan oleh Yu Junjian dan Zhang Ye. Lagu ini telah menggambarkan harapan dan restu bagi tahun baru.
Tahun Baru China amat penting bagi rakyat China. Orang China mempunyai cara tersendiri menyambut Tahun Baru China. Setiap keluarga akan menempelkan kuplet perayaan Tahun Baru China, memasang tanglung merah, makan dumpling dan lain-lain. Malam gembira Tahun Baru China CCTV telah disiarkan lebih sepuluh tahun dan tidak pernah ditinggalkan oleh setiap keluarga. Banyak program yang dipersembahkan pada malam gembira tersebut akan menjadi popular di kalangan rakyat.
Nama lagu yang saudara dengar tadi ialah "Riang Gembira" yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan. Dalam lagu ini, dia menyatakan: "Marilah Kita menyanyi dengan suara yang kuat. Suara kita yang gembira akan dipendengarkan di pelbagai tempat. Tanah air tempat kehidupan kita amat ceria. Tempat yang kita lalui akan menjadi nampasan yang harmoni."
Sekarang, sila dengar "Tidak Tidur pada Malam Ini" yang disampaikan oleh Zhang Mai, Tu Meihua, Li Danyang, Lv Jihong, Wang Xia dan Liao Changyong. Lagu ini menggambarkan malam hari perayaan yang gembira dan harapan rakyat yang besar terhadap masa depan.
Dalam lagu ini, mereka menyatakan: "Kita berjumpa malam ini, berbual mesra hingga lewat malam ini. Datanglah, kawan! Marilah kita bersama-sama berdoa semoga tecapai kedamaian dunia dan lagi Tanah Air yang indah ini."
Tahun Baru China merupakan permulaan tahun yang baru menurutkalendar China, juga menandakan kedatangan musim bunga datang. Ketika merayakan Tahun Baru China, rakyat China saling mengucapkan "Selamat Tahun Baru China" antara satu sama lain. Pada akhir ruangan kali ini, silalah dengar lagu "Hadiah kepada Anda" yang disampaikan oleh Meng Ge, Luo Ningna dan Yang Jiuhong.
|