v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Selamat Tahun Baru China

2008-02-21 14:17:16 CRI

7 Februari merupakan hari raya tradisional iaitu Tahun Baru China. Rasa tidak terlambat saya mengucapkan salam tradisi "Selamat Tahun Baru" kepada saudara. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan beberapa lagu rakyat, lagu-lagu menarik yang menggambarkan adat istiadat penduduk China semasa merayakan Tahun Baru China.

Mengucapkan selamat Tahun Baru China merupakan amalan yang paling penting semasa merayakan Tahun Baru China. Amalan itu juga merupakan salah satu cara orang ramai untuk menyambut tahun baru dan saling memberikan salam yang baik. Pada pagi hari pertama Tahun Baru China, selepas bangun, golongan muda mengucapkan selamat tahun baru China kepada orang tua. Jika bertemu dengan teman-teman di luar, juga perlu mengucapkan "Selamat Tahun Baru China". Berikutnya marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Selamat Tahun Baru China". Lagu ini menjadi popular di kawasan timur laut dan menggambarkan suasana harmoni orang ramai yang meluahkan rasa gembira semasa menyambut perayaan tradisi ini.

Saudara pendengar, tarikh 15 bulan satu menurut kalendar China ialah Perayaan Capgome. Pada hari itu, rakyat China akan makan onde-onde, sejenis makanan yang bersimbolkan kehidupan yang bahagia. Sekarang, marilah kita nikmati lagu rakyat Shanxi yang bertajuk "Perayaan Capgome" dan merasai suasana yang riang gembira pada perayaan tersebut.

Selain makan onde-onde, orang ramai juga mengadakan amalan tradisi pada hari raya itu, seperti menonton tanglung, pao hanchuan, dan menonton tarian Yanggo. Aktiviti kebudayaan di masyarakat tersebut diminati oleh orang ramai China. Berikutnya, nikmatilah lagu rakyat Shanxi yang bertajuk "Menonton Persembahan Tarian Yanggo". Lagu ini menggambarkan kakak dan adik perempuan menghiaskan diri untuk bersama-sama menonton persembahan tarian Yanggo.

Berikut, marilah kita nikmati lagu rakyat Shaanxi Utara yang bertajuk "Pao Hanchuan". Lagu itu ialah salah satu bentuk lagu rakyat dan dinyanyikan sambil menari. Lagu itu menggambarkan perasaan gembira orang ramai sempena Tahun Baru China.

Sebagai hidangan akhir, nikmatilah lagu rakyat Shaanxi Utara China yang bertajuk, "Menggantung Tanglung Merah". Lagu yang berirama merdu itu menggambarkan adat istiadat orang ramai di desa bahagian utara China menggantungn tanglung merah sempena Tahun Baru China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |