v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Lagu Pop Etnik Zang Rongzhong'erjia

2008-02-26 12:58:04 CRI

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi lagu pop etnik minoriti China menjadi sangat popular dan aktif di sektor nyanyian muzik pop China. Penyanyi Etnik Zang Rongzhong'erjia merupakan salah seorang daripada mereka. Suaranya tinggi dan penuh perasaan, dan lagunya sangat berkeistimewaan etnik minoriti. Maka, dalam ruangan hari ini, kita sama-sama menikmati lagu-lagunya.

Rongzhong'erjia menjadi terkenal disebabkan oleh Lagu "Jiuzhaigou yang Menarik". Dalam Pertandingan Penyanyi Belia Seluruh Negara ke-9 China Tahun 2000, beliau meraih anugerah perak cara nyanyian pop dan "Penyanyi Lelaki yang Paling Digemari". Lagu itu menjadi mendapat sambutan hangat masyarakat, dan nama Rongzhong'erjia diketahui umum.

Rongzhong'erjia lahir di sebuah keluarga penduduk etnik Zang di provinsi Sichuan, China. Beliau sangat suka pada muzik sejak beliau masih anak kecil. Pada umur 16, beliau mula menyanyi di pentas. Selepas tamat dari fakulti sastra di maktub perguruan, beliau pulang ke kampung halamannya dan bekerja sebagai guru. Beliau mula belajar pengetahuan muzik sendiri dan mencubai penciptaan muzik. Mula tahun 1991 hingga kini, beliau telah menerbitkan lebih 100 buah lagu. Yang saudara akan dengar itu ialah lagu yang diciptakan oleh Rongzhong'erjia sendiri, "Cinta akan Jiuzhaigou".

Rongzhong'erjia hentak memperkenalkan muzik etnik Zang kepada seluruh dunia. Mula tahun 1994, beliau memasuki wilayah etnik Zang untuk belajar cara nyanyian etnik Zang, mengumpulkan banyak karya muzik di penduduk golongan etnik Zang, dan meletakkan asas yang kukuh bagi penciptaannya. Beliau mencampuri lagu bahasa Zang tradisional dengan muzik pop. Hingga kini, beliau telah menerbitkan beberapa album yang berciri-ciri etnik minoriti. Pada penghujung tahun 2003, beliau menerbitkan album ke-6nya, "A Mi Luo Luo". Marilah, kita sama-sama mendengar lagu "A Mi Luo Luo" dalam album itu.

Selama ini, Rongzhong'erjia sentiasa berusaha untuk menyebar budaya etnik. Pada tahun 2001, beliau menubuhkan "Pusat Persembahan Rongzhong'erjia" di Jiuzhaigou. Beliau juga membentuk sebuah kumpulan penyanyi perempuan etnik Zang, "Merah Dataran Tinggi", dan menerbitkan album pertama mereka "Merah Dataran Tinggi". Persembahan kumpulan itu mencampuri muzik tradisonal dengan unsur-unsur yang moden. Beliau menyatakan, beliau akan memperkenalkan budaya etnik Zang kepada dunia luar. Pada penghujung tahun lalu, beliau mengeluarkan drama nyanyian dan tarian "Mitos Etnik Zang", dan mendapat sambut baik dari penonton. Beliau menganggap ini merupakan hal yang paling menggembirakan dalam seumur hidupnya.

Pada akhirnya, kita akan menikmati lagu "Lagu Bertuah" yang penuh dengan harapan baik bagi kehidupan.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Jiuzhaigou yang Menarik"

II "Cinta akan Jiuzhaigou"

III "A Mi Luo Luo"

IV "Lagu Bertuah"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |