v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Berikan Simpati kepada Penduduk Kawasan Bencana

2008-02-28 14:17:16 CRI

Baru-baru ini, bencana salji tebal melanda teruk kawasan selatan China. Ia telah menggugat pengeluaran hasil pertanian dan telah memberikan kesukaran bagi menyulitkan kehidupan penduduk. Dalam usaha membantu kerja-kerja menyelamat, pelbagai peringkat masyarakat memberi sumbangan. Ini termasuk golongan seniman. Ramai seniman yang tampil secara aktif, membuat persembahan yang bertemakan penyelamatan, mengumpulkan barangan dan modal bantuan, di samping menggalakkan semangat saling membantu dan menyediakan bantuan rohaniah kepada penduduk di kawasan bencana.

Seorang penggubah dalam pasukan tentera China, Yin Qing telah menggubah satu lagu yang bertajuk "Masyarakat Berikan Simpati kepada Penduduk Kawasan Bencana". Lagu ini merupakan lagu pertama yang digubah sejak kerja-kerja penyelamatan dimulakan. Penyanyi lagu itu, Cai Guoqing dan Bai Xue berharap agar salam mesra mereka disampaikan kepada penduduk di kawasan bencana bahawa mereka bersimpati dan bersama-sama menyokong pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China dalam kerja-kerja menyelamat. Cai Guoqing berkata, "Menghadapi bencana salji yang begitu teruk itu, saya berasa sedih. Kami hanya memberikan semangat dan galakan kepada pasukan tentera dan penduduk yang terjejas dengan karya seni muzik kami."

Lagu "Masyarakat Berikan Simpati kepada Penduduk Kawasan Bencana" memperlihatkan perhatian rakyat China terhadap penduduk yang terletak di kawasan bencana serta sanjungan tinggi yang mereka berikan terhadap pasukan tentera.

Menyentuh perasaan semasa menggubah lagu itu, Yin Qing berkata, "Lagu ini digubah pada saat-saat yang cemas ketika bencana melanda. Memandang perhatian besar masyarakat terhadap bencana itu, saya terharu dan segera menggerak para penggubah dalam pasukan tentera untuk mencipta lirik lagu. Saya kira lirik lagu Masyarakat Berikan Simpati kepada Penduduk Kawasan Bencana itu agak baik, kerana lagu itu menggambarkan semangat pasukan tentera dan penduduk di barisan hadapan untuk mengatasi bencana salji itu. Lagu itu selesai digubah dalam tempoh 30 jam."

Untuk menyampaikan salam sejahtera kepada askar di kawasan bencana, penyanyi muda di pasukan tentera, Wang Hongwei khususnya menyanyikan lagu yang bertajuk "Tahun Baru China Ini, Keluarga Ini". Semasa tiba di tempat kejadian bencana salji, beliau berkata, "Saya harap dapat memberikan semangat berjuang dan tidak putus asa kepada penduduk di kawasan bencana."

Dalam lagu ini, penggubah terkenal China, Encik Yan Su menyampaikan salamnya kepada askar-askar di barisan hadapan dalam usaha mengatasi bencana dan keprihatinan seorang askar tua terhadap mereka yang masih muda.

Provinsi Hunan merupakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana salji. Penyanyi muda provinsi Hunan China, Wang Lin menyaksikan dengan mata sendiri bencana salji tersebut. Menghadapi bencana yang tidak pernah berlaku dalam sejarah itu, beliau ingin memberi sumbangan bakti kepada kampung halamannya dan merakam lagu yang bertajuk "Bunga dalam Salji". Lagu ini menyatakan harapan agar pelbagai kalangan masyarakat di seluruh China segera bertindak dan saling membantu kerja-kerja penyelamatan itu. Menyentuh mengenai rakaman lagu itu, Wang Lin berkata, "Lagu ini menggambarkan kegigihan bunga-bunga mawar dalam menghadapi angin yang sejuk. Ia mengutarakan harapan terhadap sinar kehidupan bahagia. Saya berharap agar semua penduduk di kawasan bencana gigih seperti bunga itu."

Berikutnya, nikmatilah lagu yang bertajuk "Bunga dalam Salji".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |