v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi dalam Pasukan Tentera, Pan Jun

2008-03-06 14:17:16 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu rakyat China yang dinyanyikan oleh penyanyi dalam pasukan tentera China, Pan Jun.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu rakyat Jiangsu yang bertajuk "Ba Gen Luchaihua". Lagu ini biasanya dinyanyikan oleh kaum tani Jiangsu semasa bekerja di ladang dan bendang. Lagu yang mengandungi banyak nama bunga, termasuk bunga raya dan bunga peony itu memperlihatkan ciri-ciri yang sederhana kehidupan di kampung, dan juga ibarat cinta yang manis bagi pasangan kekasih.

Pan Jun tamat dari Koservatori Muzik Wuhan pada tahun 1989, dan menjadi penyanyi solo dalam kumpulan nyanyian dan tarian provinsi Hunan. Semasa mencebuskan diri dalam bidang nyanyian, Pan Jun menerima tunjuk ajar daripada penyenyi terkenal China, He Jiguang sehingga mencapai kemajuan menggalakkan. Beliau pernah memperoleh anugerah pertama dalam kumpulan nyanyian lagu-lagu rakyat Pertandingan Nyanyian Pemuda Provinsi Hunan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Berikutnya nikmatilah lagu rakyat Gansu yang bertajuk "Terbangkan Layang-layang". Lagu ini menggambarkan gadis-gadis yang berlairi-lari bermain layang-layang pada musim bunga.

Pan Jun menjadi seorang penyanyi dalam pasukan tentera semasa beliau diterima menganggotai Kumpulan Seni Polis Tentera China pada tahun 1992. Kariernya sebagai seorang penyanyi mulai berkembang pesat di Beijing. Beliau memperoleh banyak anugerah dalam pertandingan yang diadakan oleh Stesen Televisyen Pusat China, Kementerian Kebudayaan China dan Radio Kebangsaan Rakyat China. Pan Jun juga terlibat dalam rakaman banyak lagu tradisi rakyat. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu rakyat Guizhou yang bertajuk "Bunga Indah yang Merah".

Selain menyanyi lagu rakyat dalam pelbagai gaya, Pan Jun juga boleh menyanyi lagu pasukan tentera seperti "Bendera dan Askar Tentera" dan "Orang yang Paling Menyayangi".

Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Barat Laut yang bertajuk "Kekasih yang Jelita".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |