v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu dan Muzik yang Disiarkan oleh "Chang'e I"

2008-03-13 14:17:16 CRI

Pada 24 Oktober tahun 2007, China berjaya melancarkan satelit penyeledikan bulan pertama "Chang'e I". Sebanyak 30 buah lagu dan muzik yang dipilih oleh orang Cina di seluruh dunia telah dibawa dengan satelit itu. Semasa memasuki orbit mengelilingi bulan, satelit itu mulai menyiarkan kumpulan lagu dan muzik tersebut di angkasa lepas pada jarak 380,000 kilometer dari bumi. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu dan muzik yang disiarkan oleh "Cheng'e I" itu. Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang bertajuk "Pujian terhadap Tanah Air" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Nyanyian dan Tarian Jabatan Politik Tentera Pembebasan Rakyat China. Lagu ini digubah semasa Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949. Lagu ini mengutarakan kebanggaan dan kegembiraan rakyat China pada masa itu dan dinyanyikan dalam tempoh lebih 50 tahun selepas itu, maka menjadi lagu pujian terhadap tanah air setiap orang China.

Untuk menggalakkan semangat penyelidikan rakyat dan mendorong perpaduan kemajuan sains dan teknologi dengan pembangunan kebudayaan, Suruhanjaya Sains dan Industri Pertahanan Kebangsaan China bersama dengan Persatuan Ahli Muzik China dan Stesen Televisyen Pusat China memulakan proses pemilihan lagu dan muzik yang disiarkan oleh satelit "Chang'e I". Semasa proses itu dimulakan, pelbagai kalangan dalam masyarakat memberi reaksi yang hangat. Setelah berlangsung beberapa perbincangan, 30 buah lagu telah ditetapkan.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Sayangi China". Lagu ini digubah oleh Qiao Yu dan Xu Peidong, dinyanyikan oleh Song Zuying, dan menggambarkan rakyat 56 etnik yang bersatu padu bersama-sama memberi sumbangan bagi kemakmuran negara.

Berikutnya, nikmatilah lagu yang bertajuk "Lagu Sungai Yangtze" yang dinyanyikan oleh Yin Xiumei. Sungai Yangtze merupakan sungai terbesar di China. Sungai itu bersama Sungai Kuning menjadi sandaran kebudayaan bangsa China, maka digelari sebagai "sungai ibu".

Dalam lagu yang disiarkan oleh satelit "Chang'e I" juga terdapat karya muzik Gu Qin yang disenaraikan dalam Warisan Kebudayaan Bukan Benda Seluruh Dunia. Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati muzik Gu Qin yang bertajuk "Gunung Tinggi dan Aliran Air".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |