v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Warna" dan lagu-lagu yang lain

2008-03-18 15:30:58 CRI

Lagu pertama ialah lagu "Saya Suka Bermain dalam Duniaku" daripada seorang penyanyi wanita Long Kuan. Pada tahun 2005, kumpulan penyanyi "Long Kuan Jiu Duan" ditubuhkan. Beberapa lagu dihasilkan oleh kumpulan itu dan yang paling terkenal ialah terkenal dengan lagu "Saya Paling Mencintaimu Ketika Mendengar Muzik Itu". Malangnya, ketika kumpulan itu sedang meniti tangga kejayaan, ia tiba-tiba dibubarkan. Setelah setahun berlalu, Long Kuan muncul ke pula persada seni dengan 2 lagu baru pada penghujung Oktober lalu tetapi dengan imej individu. Kedua-dua lagu itu pula mendapat tempat di hati peminat dan menjadi sangat popular.

Ketika Long Kuan keluar daripada kumpulan penyanyi itu, selain tema menghasilkan muzik yang disukainya, beliau belajar melulus dan perbuatan flash, serta mewujudkan laman web dan jenama pakaian sendiri "Guang Dang Wa". Beliau menrasa gembira dengan pencapaian tersebut. Maka, beliau menulis lagu "Saya Suka Bermain dalam Duniaku". Sila ikuti lagu itu.

Kugiran Rock&Roll "Yu Siyuan & BIZ" menjadi sangat popular dengan album pertamanya "Menyanyi untuk Cinta" pada tahun 2006. kugiran itu berjaya meraih beberapa anugerah pada tahun itu, seperti "Penyanyi Baru yang Paling Berpotensi", "Kugiran yang Paling Diminati", "Kugiran Pencipta Lagu Terbaik di Tanah Besar China" dan lain-lain.

Kugiran "Yu Siyuan&BIZ" telah menerbitkan album ciptaan sendiri kedua pada penghujung tahun lalu, "Dialah, di Hatiku". Lagu-lagu dalam album itu mendapat sambutan hanget daripada peminatnya. Lagu "Dialah, di Hatiku" juga menjadi juara dalam "Urutan Lagu China" dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Marilah, kita sama-sama menikmati lagu itu.

Selepas mendengar lagu "Dialah, di Hatiku", kita sama-sama menikmati lagu baru Man Wenjun "Warna". Penyanyi Tanah Besar China ini telah menceburi bidang nyanyian selama lebih 10 tahun. Imejnya yang lembut dan sederhana itu membolehkan beliau mendapat peminat daripada pelbagai golongan masyarakat. Lagu itu berbeza dengan lagu Man Wenjun yang lalu. Silalah, kita mendengar lagu itu.

Akhir sekali, kita akan mendengar lagu Man Wenjun "Lagumu" dalam album "Memahami" yang diterbitkan oleh beliau pada tahun 2006. Lagu itu merupakan lagu pertama yang diciptanya sendiri. Beliau bijak menggunakan muzik untuk menyatakan pemahamannya selepas menjadi ayah. Lirik lagu itu memaparkan luahan hasil terhadap anaknya. Silalah, kita menikmati lagu itu.

 Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Saya Suka Bermain dalam Duniaku"

II "Dialah, di Hatiku"

III "Warna"

IV "Lagumu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |