v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Asing yang Dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Malaikat

2008-03-20 14:17:16 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu luar negeri yang dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Malaikat Beijing. Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang bertajuk "On Wings of Songs". Lagu ini merupakan karya yang terkenal pemuzik Jerman, Jakob Ludwig Felir Mendelssohn.

Kumpulan Paduan Suara Malaikat Beijing merupakan kumpulan nyanyian kanak-kanak yang terbaik di China. Kumpulan ini mengumpulkan penyanyi terbaik dari kumpulan paduan suara kanak-kanak di Beijing. Mereka yang dipilih mempunyai kebolehan menyanyi yang matang dan mampu menyampaikan perasaan dengan halus. Suara nyanyian mereka yang seperti suara di syurga diminati oleh ramai. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Berceuse" yang digubah oleh pemuzik Austria, Franz Schubert.

Pada mulanya, Berceuse merupakan lagu nyanyian seorang ibu semasa mendodoikan anak, kemudian berkembang menjadi sejenis bentuk muzik. Berceuse mempunyai ciri-ciri mesra dan sunyi. Seterusnya, marilah kita nikmati "Berceuse" yang digubah oleh pemuzik Jerman, Johannes Brahms.

Sebagai hidangan akhir, nikmatilah lagu rakyat Vietnam yang bertajuk "Menyimbur Air".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |