Pada 24 Oktober tahun 2007, China berjaya melancarkan satelit penyeledikan bulan pertama "Chang'e I". Sebanyak 30 buah lagu dan muzik yang dipilih oleh orang Cina di seluruh dunia telah dibawa dengan satelit itu. Semasa memasuki orbit mengelilingi bulan, satelit itu mulai menyiarkan kumpulan lagu dan muzik tersebut di angkasa lepas pada jarak 380,000 kilometer dari bumi. Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan lagu dan muzik yang disiarkan oleh "Cheng'e I" itu.
Sebagai hidangan pertam, nikmatilah muzik rakyat China yang bertajuk "Muzik Tahun Baru Cina". Lagu ini menggambarkan orang ramai semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Muzik Tahun Baru Cina" yang dimainkan oleh Kumpulan Muzik Rakyat Pusat China yang dipimpin oleh pemimpin terkenal China, Chen Xieyang. Chen Xieyang pernah mengetuai Kumpulan Muzik Rakyat Pusat China dan mengadakan "Konsert Muzik Rakyat Tahun Baru Cina" di Dewan Emas Vienna untuk dua kali. Lagu yang bertajuk "Muzik Tahun Baru Cina" merupakan lagu yang pasti dimainkan setiap kali.
Seterusnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Cerita pada Musim Bunga" yang dinyanyikan oleh Zhang Yan.
Pada tahun 1979, ketua arkitek dasar pembaharuan dan pintu terbuka, iaitu mendiang Deng Xiaoping mengeluarkan fikiran untuk membangunkan Kawasan Khas Ekonomi Shenzhen yang terletak di selatan China. Dengan itu, cetak biru baru untuk membangunkan sosialime yang bercirikan China telah dibentuk. Pemuzik-pemuzik China, Jiang Kairu, Ye Xuquan dan Wang Yougui telah menggubah lagu yang bertajuk "Cerita pada Musim Bunga" pada tahun 1994 dan menyampaikan pujian rakyat China terhadap dasar tersebut.
30 buah lagu yang disiarkan oleh "Chang'e I" itu merupakan lagu yang popular di pelbagai tempat China. Berikutnya, nikmatilah lagu yang bertajuk "Siapa Sahaja yang Tidak Memuji Kampung Halamanku?" yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita terkenal China, Peng Liyuan. Lagu yang digubah pada tahun 1962 itu merupakan lagu latar dalam filem "Matahari yang Merah" dan menyampaikan rasa sayang penduduk terhadap kampung halaman dan pasukan tentera serta tekad mereka untuk membela hasil kemenangan.
Liu Tianhua merupakan pemuzik terkenal China dan juga merupakan peneroka usaha muzik rakyat China pada zaman kini. Banyak karya penggubahannya tetap popular hingga kini. Antara muzik yang disiarkan oleh "Chang'e I", terdapat juga karyanya yang bertajuk "Tengah Malam yang Baik" yang digubahnya pada malam Tahun Baru Cina 1928. Berikutnya, marilah kita nikmati muzik itu yang dimainkan oleh Song Fei. Muzik ini menggambarkan penggubah dengan gembira merayakan malam Tahun Baru Cina dengan teman-temannya.
Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Saya Orang China". Lagu ini menyampaikan hasrat saudara-saudara setanah air China terhadap penyatuan semula tanah air dan kebangkitan bangsa China.
|