v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Terkini Steve Chou "Turkey Biru"

2008-03-25 16:28:17 CRI

Penyanyi Taiwan Steve Chou yang disebut sebagai "Bapa Pembaptisan" itu selalu melukiskan perasaannya dengan muziknya. Beliau menulis banyak karya muzik dan mempunyai suara yang menung hiba, dan menarik ramai peminat. Pada tahun 2007, beliau telah menerbitkan album barunya "Turkey Biru" dan mendapat reaksi yang hanget. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan album itu kepada saudara.

Yang saudara dengar sekarang ialah lagu "Ruo Shui San Qian". Irama lagu itu amat nostalgia dan liriknya juga indah. Suara Steve Chou yang lembut itu telah menyampaikan kerinduan kepada kekasih yang lalu.

Lagu utama album itu "Turkey Biru" ialah lagu yang pertama diselesaikan. Lagu itu telah mengubah gaya yang menung hiba itu kepada gaya yang lembut, dan menyatakan imaginasi lelaki terhadap kecintaan. Dalam lagunya, beliau menyanyi bahawa "Saya berjalan sendiri, sebahagian cintaku telah menghilangkan ingatan. Saya hentak pertemuan yang manis. Di Turkey yang biru, saya percaya mukjizat cinta."

Seterusnya kita akan mendengar lagu R&B, "Siapa Belum Tidur". Ini merupakan kali pertama Steve Chou mencuba menulis lagu R&B. Lagu itu menyampaikan perasaan murung lelaki. Silalah kita sama-sama menikmati lagu itu.

Berikutnya, kita akan mendengar lagu "Kekosongan". Lagu itu diciptakan untuk memperingati masa belia yang berlalu. Suara Steve Chou yang merdu itu telah menyampaikan perasaan yang kesalnya terhadap kecintaan yang telah berlalu.

Beliau menyanyi bahawa "Kamu pernah sedih kepda saya, tetapi saya baru memahami perasaan itu sekarang. Saya merindukanmu, apakah kamu mendengar suara pemecahan hatiku?"

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Ruo Shui San Qian"

II "Turkey Biru"

III "Siapa Belum Tidur"

IV "Kekosongan"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |