v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu dan Muzik yang Dibawa oleh "Chang'e I" III

2008-04-03 14:17:16 CRI

Pada 24 Oktober tahun 2007, China berjaya melancarkan satelit penyeledikan bulan pertama "Chang'e I". Sebanyak 30 buah lagu dan muzik pilihan orang Cina di seluruh dunia berada dalam satelit itu. Semasa memasuki orbit mengelilingi bulan, satelit itu mulai menyiarkan kumpulan lagu dan muzik tersebut di angkasa lepas pada jarak 380,000 kilometer dari bumi. Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan lagu dan muzik yang disiarkan oleh "Cheng'e I" itu.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Memasuki Zaman Baru" yang digubah oleh Jiang Kairu dan Yin Qing, dinyanyikan oleh Zhang Ye.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Tidak Akan Ku Lupakan Malam Ini". Lagu ini digubah oleh mendiang Wang Ming dan Qiao Yu khusus untuk Persembahan Majlis Malam Pertama CCTV Tahun Baru China 1984. Nyanyian Li Guyi ini menyempurnakan harapan rakyat terhadap tanah air tercinta.

Berikutnya nikmatilah lagu yang bertajuk "Dataran Tinggi Qinghai-Tibet" yang dinyanyikan oleh Li Na. Dataran Tinggi Qinghai-Tibet terletak di bahagian barat daya China dengan ketinggian 4500 meter purata di paras laut dan seluas 2.3 juta kilometer persegi, merupakan dataran yang paling tinggi di dunia. Dataran Tinggi Qinghai-Tibet juga digelar sebagai "Bumbung Dunia" dan "Kutub Ketiga di Bumi".

Seterusnya nikmatilah lagu rakyat etnik Mongol yang bertajuk "Alashan yang Kaya Raya". Lagu rakyat etnik Mongol ini berkait dengan padang rumput dan kehidupan penternak, dan merupakan muzik bentuk simbol bagi pengeluaran, kehidupan dan watak etnik itu. Oleh itu, ia juga digelar sebagai "Fosil Hidup".

Sebagai hidangan akhir, marilah nikmati lagu yang bertajuk "Di Ladang yang Mengharap". Lagu ini digubah pada awal tahun 1980-an. Pemuzik China, Xiaoguang yang pernah mengalami kehidupan pahit di kawasan desa menyaksikan dengan matanya sendiri perubahan yang berlaku di desa China. Beliau juga memahami dinamik baru yang dibawa oleh dasar pembaharuan dan pintu terbuka, kemudian menggubah lagu ini dengan bantuan mendiang Shi Guangnan. Lagu yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan ini segera menjadi popular di seluruh China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |