v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Tanah Besar China Huang Zheng dan lagu-lagunya

2008-04-01 15:35:51 CRI

Lagu "Lari" ialah lagu yang dinyanyikan bersama Huang Zheng dan kumpulan penyanyi "Yu Quan". Lagu itu menyatakan cita-cita indah dan aspirasi yang tinggi seorang pemuda. Persembahan yang baik, Huang Zheng mendapat sambutan baik peminat. Lagu "Lari" juga menjadikan dia popular.

Dalam lagu itu, Huang Zheng menyanyi "Berlari mengikut angin, dan kebebasan menjadi arah tujuan; mendapatkan kekuatan guruh dan kilat dan memasukkan laut yang luas ke dalam dadaku, maka, perahu yang kecil juga dapat berlayar mengharungi lautan luas. Terbang dengan sayap impian, berani menghadapi semua kesukaran." Maka, kita sama-sama menikmati lagu itu.

Huang Zheng lahir dalam sebuah keluarga seni. Dia belajar muzik sejak kecil. Dia pernah belajar selo, piano dan seni suara. Setelah tamat dari fakulti kesenian Universiti Perguruan Beijing, beliau membentuk band dan mencipta lagu-lagu nyanyiannya sendiri. Beliau direkrut oleh Syarikat Piring Hitam Sony sebagai penerbit. Tugasnya, menulis dan menggubah lagu merdu untuk penyanyi terkenal Tanah Besar China seperti, Chen Lin, Jin Haixin, Man Wenjun, Mao Ning, dan Man Jiang untuk mengembangkan lagi bakat nyanyiannya mulai tahun 2001, beliau menandatangani kontrak dengan Syarikat Piring Hitam Rock serta Kumpulan Adik Beradik Huayi. Beliau menerbitkan beberapa album seperti "Subuh Hari", "Normandy Kecintaan", "Pertempuran Perseorangan" dan "Tidak akan Lepaskan Tanganmu" dengan membentuk corak nyanyian sendiri.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Normandy Kecintaan" yang melukiskan ketabahan hati seorang lelaki terhadap cinta. Berikutnya, kita akan mendengar lagunya yang bertajuk "Subway". Lagu itu dipilih daripada album ke-3nya "Pertempuran Perseorangan". Ia lagu cinta yang bercorak rock&roll yang meluahkan perasaan sedih seorang lelaki yang terlalu beremosi.

Dalam lagu itu, beliau menyanyi, "Subway ialah tempat kita bertemu dan jatuh cinta. Subway juga tempat kita berpisah dan saya merana keranannya. Di subway, saya pernah mencintaimu, menciummu dan kekal ingatan peristiwa murni itu hingga kini."

Huang Zheng suka melancong ke pelbagai tempat dan mencuba pelbagai cara membentuk kehidupan. Dia mencari sumber ilham dan inspirasi dalam kehidupan. Dalam nyanyiannya dia, menekankan kepada suara yang sederhana dan ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminatnya.

Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Tidak akan Lepaskan Tanganmu".

 

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Lari"

II "Normandy Kecintaan"

III "Subway"

IV "Tidak akan Lepaskan Tanganmu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |