v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Penyanyi Muda, Wang Ying

2008-04-10 14:17:16 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda China, Wang Ying.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang bertajuk "Lagu Gembira Perayaan" yang menyampaikan rasa gembira orang China pada masa sambutan perayaan.

Wang Ying yang dilahirkan di Beijing berminat dengan nyanyian sejak kecil. Beliau diterima masuk ke Fakulti Muzik Institut Kesenian Tentera Pembebasan Rakyat China pada tahun 1993 dan berguru kepada profesor seni suara terkenal, Ma Qiuhua. Sehingga selepas tamat pada tahun 1997, beliau terus menimba pengetahuan di institut tersebut hingga kini.

Berikut, nikmatilah laguWang Ying yang paling terkenal yang bertajuk "Burung Lark di Berek Tentera".

Sebagai seorang penyanyi yang berbakat, beliau kerap kali memperoleh anugerah dalam pertandingan seni suara di seluruh China dan menyertai Persembahan Majlis Malam Televisyen Pusat China (CCTV) Tahun Baru China. Sejak berkecimpung dalam bidang seni suara, beliau telah membuktikan bakat dan kebolehannya dalam bidang nyanyian.

Seterusnya, nikmatilah lagu yang bertajuk "Cinta di Syurga".


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |