v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Rainie Yang, "Ketemu Cinta"

2008-04-08 11:57:03 CRI

Dalam ruangan hari ini, kita akan sama-sama menikmati album penyanyi wanita Taiwan, China, Rainie Yang dan album keduanya "Ketemu Cinta".

Lagu "Perayaan" merupakan lagu utama dalam album "Ketemu Cinta". Lagu itu ialah lagu yang disemak daripada sebuah lagu klasik "Solute to Love" yang diciptakan oleh penggubah Britain yang terkenal Edward Elgar. Lagu itu diubah menjadi lagu tarian yang rancak dan sangat sesuai dengan peminat muda. Sila ikuti lagu itu.

Rainie Yang tamat daripada Akademi Kesenian Huagang Taiwan, dan menganggotai kumpulan penyanyi gadis "4 in Love" pada tahun 2000. Tetapi, kumpulan itu dibubarkan selepas menerbitkan 2 album. Rainie Yang meneruskan usahanya dalam bidang filem dan TV dan mencapai kejayaan tertentu. Walau bagaimanapun, menjadi penyanyi adalah cita-citanya. Pada tahun 2005, dia kembali ke dalam bidang nyanyian dengan imej individu dan menerbitkan album pertamanya. Album itu mencapai kejayaan besar dan menjadikan dia penyanyi baru yang paling popular di Taiwan. Maka, dia bekerja lebih rajin dan menerbitkan album keduanya "Ketemu Cinta". Marilah, kita sama-sama menikmati lagu "Ketemu Cinta".

Album "Ketemu Cinta" ialah album yang corak muziknya bermacam-macam. Ada lagu yang mengudarakan emosi, seperti lagu "Manis", "Sebelah Kiri" dan "Alergi", ada lagu yang riang dan rancak, seperti lagu "Ketemu Cinta" dan "Coklat", dan ada juga lagu tarian seperti "Sewajar". Dia lebih mahir dalam menggunakan suaranya. Silalah, kita mendengar lagu "Sebelah Kiri", lagu cinta yang sedih dalam album itu.

Rainie Yang suka menulis rencana tentang perasaannya dalam blognya. Blognya juga mendapat sambutan hangat antara belia. Dalam penciptaan album itu, penerbit Taiwan Xue Zhong Ming kebetulan membaca rencana dalam blog Rainie Yang dan menemukan kelebihan Rainie dalam mengarang, maka beliau menggalakkan Rainie untuk mencipta lagu sendiri. Oleh sebab itu, Rainie menciptakan lagunya untuk pertama kali. Dengan perbaikan lebih 10 kali, dia berjaya menulis karyanya sendiri, lagu "Tidak Dapat Mendapatkan". Marilah, kita sama-sama menikmati lagu itu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Perayaan"

II "Ketemu Cinta"

III "Sebelah Kiri"

IV "Tidak Dapat Mendapatkan"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |