v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perayaan Tradisional China----- Qing Ming

2008-04-11 11:56:21 CRI

"Qing Ming" bagi tahun ini jatuh pada 4 April lalu.

Dalam budaya tradisional China, "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.

Pada hari "Qing Ming", orang ramai akan menziarahi kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbunkan tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan arak di depan jirat.

Kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hujan pada hari "Qing Ming". Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu ahli keluarga terhadap orang yang sudah pergi. Penyajak terkenal China pada abad ke-9 Masihi, Du Mu, pernah menulis sajak "Qing Ming" yang berbunyi "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan sedih yang amat sangat."

Menziarah dan membersihkan kubur nenek moyang pada hari "Qing Ming" merupakan bahagian penting dalam kebudayaan tradisional China. Hingga ke hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi turun-temurun ini. Pada awal tahun ini, kerajaan China telah mengisytiharkan hari "Qing Ming" sebagai hari cuti umum.

Walau bagaimanapun, hari "Qing Ming" bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan sahaja. Ia juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau, iaitu tanda tibanya masa bagi orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.

Berdasarkan catatan sejarah, rakyat China pada zaman purba mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik sempena hari tersebut. Selain keluar ke luar bandar, berbuai dan main wau juga dilakukan pada hari tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |