v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Stanley Tong Membina Hollywood di China

2008-04-11 12:05:11 Agensi Berita China

Pengarah filem Hong Kong, Stanley Tong baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan bandar Kunming untuk membina satu lagi Hollywood di China, iaitu dengan menubuhkan pangkalan industri media baru dan perfileman di Kuming.

Demikian diumumkan oleh beliau dalam satu majlis jamuan di Pusat Pameran dan Persidangan Wan Chai baru-baru ini. Tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan perfileman Hong Kong telah menghadiri majlis tersebut.

Stanley Tong menyatakan bahawa projek pembinaan pangkalan industri media baru dan perfileman itu telah mendapat sokongan kuat daripada pihak berkuasa bandar Kunming. Projek yang menelan kos sebanyak 17 bilion yuan RMB tersebut akan siap dibina dalam jangka masa 5 tahun akan datang.

Pangkalan yang terletak di daerah sekitar pusat bandar Kunming itu akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan hiburan dan multimedia dan sebuah institut pengajian akan ditubuhkan untuk memupuk tenaga profesional dalam bidang perfileman.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |