Pada Julai tahun 2007, penyanyi Tanah Besar China Peng Tan telah menerbitkan album "Cerita Remaja". Ini merupakan album pertamanya selepas Kugiran "Da Da" dibubarkan. Kali ini, Peng Tan menceburi lagi bidang muzik bukan sahaja muziknya lebih matang, rupa dan personalitinya juga lebih berciri-ciri sendiri. Dengan suara dan rupa yang baik, dia pasti akan menarik lebih banyak peminat. Maka, dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan albumnya "Cerita Remaja" kepada saudara.
Lagu "Cerita Remaja" ialah lagu utama dalam album itu. Peng Tan menulis masa remajanya dengan perasaan yang mengenangkan masa lalu. liriknya begitu, "Cita-cita dan kesedihan telah terbang ke luar candela, dan melayang-layang mengikut angina. Masa remaja begitu panjang, mungkin pernah bersesal hati, mungkin pernah merasa bingung. Menyanyi tentang masa yang berlalu hingga suara parau dan badan letih. Ini filem kita sendiri."
Pada tahun 2005, Kugiran "Da Da" yang sangat popular itu dibubarkan, penyanyi utama Peng Tan juga hilang dari bidang nyanyian. Dia berkata, ketika kugirannya dibubarkan, dia sangat sedih hati dan mahu melepaskan impian nyanyinya. Dengan sokongan temannya dan Syarikat Piring Hitam Taihemaitian, dia mendapat keyakinan dan keberanian semula dan menceburi bidang nyanyian lagi. Dia menggubah lagu "Lagu Mac N" yang mewakili kemandiriannya dalam penciptaan muzik. Coraknya agak baru. Silalah, kita sama-sama menikmati lagu itu.
Dalam album "Cerita Remaja", bukan sahaja semua lagu digubah oleh Peng Tan sendiri, dia juga menyertai setiap proses penerbitan album itu. Album itu bercorak beraneka ragam, maka reaksi peminatnya sangat hangat. Beberapa lagu telah mencapai hasil baik dalam pelbagai urutan lagu pop China. Marilah, kita mendengar lagu "Manis".
Pada akhirnya, kita akan mendengar lagu "Daun" dalam album itu. Irama yang merdu dan lirik yang seperti puisi itu akan membawa anda ke dalam suasana yang indah dan gembira pada malam musim panas.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Cerita Remaja"
II "Lagu Mac N"
III "Manis"
IV "Daun"
|