v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sodai, Penyebar Kebudayaan Tradisional Etnik Tibet

2008-04-18 14:36:39 Agensi Berita Xinhua China

Sarjana etnik Tibet, Sodai telah mengkaji kebudayaan Tibet selama beberapa puluh tahun. Kini, beliau sedang cuba menulis karya sastera Tibet agar lebih ramai orang dapat memahami kebudayaan etnik Tibet dan agama Buddha di Tibet.

Sodai dilahirkan di Pekan Labrang, Kaunti Xiahe, Kawasan Autonomi Etnik Tibet Gannan, Provinsi Gansu pada bulan November tahun 1948. Setelah lulus dari sekolah menengah, beliau hidup bersama-sama penggembala di kawasan penternakan selama empat tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau pernah bekerja sebagai penggembala, guru dan doktor tempatan. Minatnya terhadap kebudayaan tradisional etnik Tibet mula bercambah pada masa itu.

Pada tahun 1982, setelah lulus dari jurusan bahasa Tibet Kolej Etnik Barat Laut, beliau memulakan penyelidikan tentang kebudayaan tradisional etnik Tibet.

Beliau telah menyelidik semua dokumen tentang "Legenda Raja Gesar" dan menerbitkan banyak hasil penyelidikan tentang epik ini. Buku pertama yang ditulis oleh beliau tentang penyelidikannya terhadap "Legenda Raja Gesar" ini telah menjadi karya klasik yang pasti akan dibaca oleh para penyelidik dalam bidang ini.

Sodai bukan sahaja mencintai kebudayaan etnik sendiri, malah, beliau juga mencintai kebudayaan tradisional China. Dalam penyelidikannya, beliau memberikan tumpuan kepada aspek perbandingan kebudayaan. Kebudayaan etnik Tibet dibandingkan dengan kebudayaan Han, malah kebudayaan Barat demi mencari-cari ciri-ciri yang negatif dan ketinggalan zaman dalam kebudyaan etnik Tibet.

Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, beliau telah menghasilkan empat jilid buku, menyusun beberapa jilid buku sejarah dan menerbitkan hampir 100 tesis. Sumbangan beliau dalam menghidupkan kebudayaan etnik Tibet disanjung tinggi oleh Akademi Sains Sosial China, Kementerian Kebudayaan, Suruhanjaya Etnik dan Agama Negara serta Persekutuan Kalangan Susasterawan dan Seniman China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |