Pada bulan Jun lalu, penyanyi rock&roll Taiwan, Dick and Cowboy menerbitkan album terbaru dengan lagu-lagu yang diciptanya sendiri, "Pasir Melayang dengan Angin".
Lagu pertama untuk ruangan hari ini ialah "Dapat Tahan Mata Air". Dalam lagu itu, Dick and Cowboy meluahkan rasa sedih yang melanda dirinya. "Sedih yang dialaminya ketika tiba musim sejuk. Turun, seakan-akan cuba menghiburkan hati yang laza. Seoleh-oleh ingin membantu. Semoga dapat menghentikan kerinduan ini. Rindu kepadamu. Kenangan yang mengusik jiwa kenangan berbaur air mata".
Album itu dinamakan "Pasir Melayang dengan Angin" disebabkan oleh kenangannya terhadap jatuh bangunnya sebagai anak seni. Pada tahun 1998, Dick and Cowboy meninggalkan kampung halamannya di Kaohsiung untuk menceburi bidang nyanyian. Semasa meninjau kembali liku-liku perjalanan hidupnya sebagai penyanyi, dia merasa seperti pasir yang melayang-layang tanpa henti. Maka, dia menamakan albumnya "Pasir Melayang dengan Angin" untuk memperingati perit getir perjalanan muzik selama 10 tahun ini. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Pasir Melayang dengan Angin".
Album ini mengandungi 10 buah lagu yang memperlihatkan pandangan dan perasaan seorang laki-laki tentang kehidupan dan cintanya daripada pelbagai aspek. Lagu "Bayangan" ialah lagu yang melukiskan perasaan sedih seorang laki-laki. Dick and Cowboy menggunakan suaranya yang lemak merdu penuh dengan syahdu untuk menyatakan perasaan yang terbuku dalam hati seorang laki-laki. Silalah, kita mendengar lagu ini.
Selama ini, Dick and Cowboy selalu menampakkan imej laki-laki rock&roll yang kuat. Rambutnya panjang, bajunya pula berwarna hitam. Tetapi, dalam album terkininya, dia berani mengubah imej dengan memakai baju putih, jeans dan kasut putih. Imejnya yang agak berfesyen itu memperlihatkan perasaannya yang lembut. Dia menyanyi lagu duet dengan penyanyi wanita Tanah Besar China, Xuanzi. Dengan jodol "Ayah" lagu itu memaparkan rasa kecintaan seorang ayah terhadap anaknya. Pada akhirnya, kita sama-sama mendengar lagu ini.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Dapat Tahan Mata Air"
II "Pasir Melayang dengan Angin"
III "Bayangan"
IV "Ayah"
|