v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Kerja untuk Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei

2008-05-01 15:34:54 CRI

Menyanyikan lagu kehidupan dan pekerjaan merupakan cara pekerja untuk mengutarakan perasaan. Antara lagu pada zaman lampau dan moden, terdapat banyak karya yang digubah yang memuji pekerjaan. Lagu kerja juga menjadi bahagian penting antara karya muzik China. Sempena sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei, saya akan perkenalkan beberapa lagu kerja kepada saudara. Marilah kita menyelami perasaan pekerja China terhadap kehidupan.

Seni muzik China sudah dibentuk pada zaman masyarakat primitif. Lagu yang digubah paling awal merupakan lagu yang berkait dengan kerja dan kehidupan. Antara lagu rakyat China, terdapat banyak lagu yang bertema kerja dan popular di seluruh negara. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu rakyat Yunnan yang bertajuk "Menternak Kuda". Lagu ini menggambarkan kerja-kerja yang dijalankan oleh anak-anak penternak.

Dalam lagu rakyat etnik minoriti China, terdapat juga banyak lagu yang berkait dengan kerja. Berikutnya, marilah kita nikmati sebuah lagu rakyat etnik Korea yang bertajuk "Daolaji". "Daolaji" merupakan sejenis sayur-sayuran yang disukai oleh rakyat Korea. Lagu ini menggambarkan keriangan gadis Korea yang rajin bekerja memetik Daolaji.

Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Buruh Kami Kuat Sekali". Lagu yang digubah pada tahun 1948 ini mengutarakan semangat buruh yang rajin bekerja.

Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, kaum buruh menjadi tuan rumah. Kecintaan mereka terhadap kehidupan dan pekerjaan merangsang inspirasi pemuzik. Banyak lagu kerja yang baik digubah dan menjadi popular. Berikutnya, marilah kita nikmati sebuah lagu yang memuji buruh petroleum yang berjodol "Saya Sumbangkan Diri bagi Pengeluaran Petroleum Tanah Air".

Seiring dengan pembangunan ekonomi, kehidupan penduduk semakin maju dan beraneka ragam. Fikiran pemuzik juga semakin luas. Mereka menaruh lebih banyak perhatian terhadap golongan yang bekerja dengan bersusah payah dan mudah terabai. Lagu "Baik Hati" yang digubah oleh Chen Xuefan dan Jin Fenghao memuji golongan pembersih wanita.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati "Di Ladang Berpengharapan" yang digubah oleh Xiaoguang dan Shi Guangnan. Lagu yang digubah pada tahun 1980-an itu menggambarkan pemandangan kerja-kerja di desa China dan harapan yang disuarakan oleh kaum tani terhadap masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |