Dalam ruangan kali ini, saya akan perkenalkan penyanyi pasukan tentera, Sun Weiliang dan lagu-lagunya.
Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu baru Sun Weiliang yang dilancarkan khusus untuk menyambut Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bertajuk "Obor Olimpik".
Sun Weiliang yang berusia 39 tahun dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di timur laut China. Walaupun membesan dalam keluarga yang ramai dan mengalami kesempitan hidup, itu tidak menghalang Sun Weiliang menjadi dewasa sebaai seorang yang periang. Beliau suka menyanyi. Nyanyiannya menjadikan kehidupannya ceria. Ayahnya dapat bermain Erhu dan meniup seruling. Ibunya mempunyai suara yang merdu. Sejak kecil, Sun Weiliang bersama teman-teman tetangganya belajar menyanyi menerusi siaran radio. Pada suatu hari, teman tetangganya berkata, alangkah baiknya jika terdapat seorang di desa kita seperti penyanyi dalam siaran radio itu. Kata-kata itu telah mencetuskan bibit-bibit harapan bagi Sun Weiliang untuk menjadi seorang penyanyi. Dan hasrat itu tidak dipendamkan saja, sebaliknya setiap peluang yang datang tidak dibiarkan.
Semasa sekolah menengah, Sun Weiliang mewakili sekolahnya ke pertandingan penyanyi muda yang diadakan di bandar, dan memperoleh tempat pertama. Kejayaannya itu menyebabkan beliau menyedari kegemarannya yang mendalam terhadap muzik. Oleh itu, beliau mempelajari selok belok nyanyian dengan sungguh-sungguh. Maka itu, beliau berguru dengan seorang pemuzik tempatan terkenal dalam seni suara. Pada siang hari, dia ke sekolah, manakala pada sebelah malam berguru dengan pemuzik itu, dan pulang pada tengah malam. Untuk itu, beliau akan berbasikal sejauh lebih 40 kilometer pada setiap hari. Beliau tidak pernah terlepas masa belajar selama 3 tahun itu. Usahanya berbaloi. Beliau mencapai kemajuan dalam bidang seni yang diceburinya.
Pada tahun 1987, Sun Weiliang menjadi seorang seniman di sebuah pangkalan ujian Tentera Laut China.
Seterusnya marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Ibuku, Sungai Kuning".
Sebagai seorang penyanyi dalam pasukan tentera, Sun Weiliang sentiasa berunjung ke pulau dan pos pengawal yang terpencil dan memahami perasaan askar pasukan tentera laut yang sedang bertugas. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Belayar untuk Kali Pertama".
Dalam hari Sun Weiliang, beliau tidak pernah lupa dirinya yang berasal dari keluarga desa. Selain menyanyi untuk askar, beliau juga menyanyi untuk kaum tani. Katanya, inilah tanggungjawabnya sebagai seorang penyanyi. Seterusnya, nikmatilah lagu yang bertajuk "Keluarga Desa pada Musim Bunga".
Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu lama beliau yang popular pada beberapa tahun yang lalu diberi tajuk "Itulah Saya". Lagu ini mengutarakan rasa rindu saudara setanah air di seberang laut terhadap kampung halaman.
|