v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Doulaosan dan lagu-lagunya

2008-04-29 16:51:24 CRI

Lagu pertama untuk hari ini ialah lagu yang "Mata Sayangku yang Jernih dan Bersinar-sinar". Lirik yang gampang dan tulen itu telah menampakkan rasa kerinduannya kepada kekasihnya. Dalam lagu itu, dia menyanyi, "Saya berimpi tentang kampung halaman malam semalam, bunga pic telah mekar di segenap manor. Burungnya menyanyi, dan sayang, kamu ada di hatiku. Saya merasa menung hiba di tempat yang lain. Saya tidak dapat lupa masa itu dan mengenangkan wajah sayangku. Matamu jernih dan bersinar-sinar. Kerinduanku sangat mendalam."

Doulaosan ialah pedagang yang telah mengusahakan perniagaannya beberapa tahun. Dia berusia lebih 40 tahun, dan telah mengalami pelbagai kesukaran khidupan. Tapi, dia sangat kuat dan berkeyakinan diri, maka, dia telah mencapai kejayaan dalam usahanya. Namun, dia tahu menyanyi ialah kegemarannya. Kebetulan, dia berkenal dengan tokoh muzik terkenal China, Encik Zhu Derong. Dengan galakan dan bantuannya, Doulaosan menandatangani kontrak dengan Syarikat Penyebaran Kebudayaan Jiuyuejiu Guangzhou Berhad, dan menerbitkan album pertamanya "Doulaosan dengan Anjing Terbiar" untuk memenuhi impian muziknya.

Lagu yang saudara dengar tadi ialah lagu "Anjing Terbiar". Dalam lagu itu, Doulaosan mengiaskan orang yang patah hati dengan anjing terbiar untuk melukiskan perasaan kesepian orang yang patah hati.

Lagu Doulaosan mengandung erti yang mendalam. Dengan suaranya yang rendah, dia memaparkan fahaman dan penjelasan seorang laki-laki dewasa tentang kehidupan. Dia tidak mempunyai teknik menyanyi, tetapi dia menyanyi dengan perasaan sejati dalam hatinya. Maka, lagunya telah mengharukan ramai peminatnya. Sekarang, kita sama-sama menikmati sebuah lagu lama "Lagu Cinta Laut Barat".

Lagu terakhir juga sebuah lagu lama yang digubah semula oleh Doulaosan "Berpimpin Tangan dan Kekalkan Cinta". Suaranya sangat matang dan tenang. Lagu itu sesuai dengan orang yang mengalami liku-liku kecintaan. Marilah, kita ikuti lagu itu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Mata Sayangku yang Jernih dan Bersinar-sinar"

II "Anjing Terbiar"

III "Lagu Cinta Laut Barat"

IV "Berpimpin Tangan dan Kekalkan Cinta"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |