v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Orang Barat Perlu Lebih Memahami Kebudayaan China

2008-05-05 16:56:54 CRI

Seorang pemuzik China, Sa Dingding melalui karya muziknya telah memperoleh "Hadiah Pemuzik Terbaik di Kawasan Asia-Pasifik daripada Hadiah Muzik Dunia BBC" pada tahun 2008 .

Selepas beliau memperoleh hadiah itu, laporan media dan kenyataan orang Barat yang dikeluarkan telah mengakibatkan beliau berpendapat orang Barat tidak memahami keadaan kebudayaan China sekarang.

Beliau berkata, beberapa media dan orang Barat mengagak agak keadaan kebudayaan China sekarang melalui pengalaman mereka sendiri sahaja. Mereka tidak memahami China merupakan keluarga besar dengan kebudayaan etnik yang pelbagai sifatnya.

Sebenarnya, Sa Dingding mempunyai latar kebudayaan etnik minoriti. Ibunya orang etnik Mongolia, manakala bapanya ialah orang etnik Han. Album "Wan Wu Sheng", beliau menggunakan kitab agama Buddha Tibet dan pelbagai jenis unsur bahasa, seperti bahasa Tibet, Sarkrit dan Mandarin. Muziknya juga mengandungi muzik etnik minoriti dan menarik minat ramai wartawan Barat.

Seorang wartawan bertanya sama ada beliau orang etnik Mongolia atau etnik Han. Sa Dingding menjawab, beliau tidak dapat membuktikan datuk dan neneknya ialah orang etnik Qiang atau orang etnik Bai. China sebenarnya, mempunyai 56 etnik, dan campuran antara pelbagai etnik berlaku sejak Dinasti Tang lagi."

Wartawan itu juga bertanya, sama ada etnik Han menyekat pembangunan kebudayaan etnik minoriti yang lain atau tidak. Sa Dingding menjawab bahawa pada masa ini, kebudayaan etnik minoriti China makmur dan terpelihara. Misalnya, "Mesteri Tibet" dan "Kesan tentang Yunnan". Kedua-dua opera muzikal yang berlatar belakang kebudayaan etnik minoriti telah mendapat sambutan paling hangat di China sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata bahawa kebudayaan China merupakan "keluarga yang besar", tidak boleh lihat pada satu pihak.

Beliau menyatakan bahawa soalan wartawan itu mencerminkan mereka tidak memahami kebudayaan China. Sebenarnya, China bukan sahaja sejarahnya lama, tetapi juga mempunyai kepelbagaian kebudayaan daripada 56 jenis etnik minoriti. Maka, itulah yang menjadikan kebudayaan China amat indah dan berwarna-warni.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |