v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penggambaran Filem Rasmi Sukan Olimpik Beijing Berjalan Lancar
2008-05-05 18:38:23 CRI

Selepas filem rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008 mula digambarkan di depan Stadium Negara China "Sarang Burung" pada bulan Ogos tahun lalu, Studio Perfileman Dokumentari Penerangan Pusat China, studio yang ditetapkan untuk menggambarkan filem Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan upacara perasmian pada 12 Mac lalu. Selepas itu, kumpulan penggambaran studio itu telah bertolak dari Beijing dan menghantar 10 kumpulan kerja ke seluruh dunia.

Filem rasmi petama sukan Olimpik diterbitkan pada tahun 1912 bagi Sukan Stockholm di Sweden. Selepas itu, penggambaran filem telah menjadi satu tugas penting dan mesti dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik. Filem rasmi Sukan Olimpik biasanya akan menggambarkan pertandingan sukan Olimpik atau cerita mengenai sukan Olimpik, dan menjadi catatan sejarah yang penting.

Sehingga kini, pelbagai dokumentari yang selalu kita tonton tentang pertandingan dalam sukan Olimpik pada masa yang lalu adalah daripada filem rasmi Olimpik. Sekarang, filem-filem tersebut semuanya disimpan di Muzium Olimpik di Lausanne, Switzerland untuk mengekalkan semangat Sukan Olimpik. Ketika menyebut tentang ciri-ciri filem Sukan Olimpik. Penerbit filem rasmi itu, Encik Wu Qi berkata:

"Filem rasmi sukan Olimpik dibuat oleh pihak yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik untuk menggambarkan pertandingan sukan Olimpik dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Banyak filem akan dibuat tentang pelbagai aktiviti dalam Olimpik, tetapi hanya satu filem sahaja yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan disimpan di muzium sebagai filem Sukan Olimpik yang rasmi. Filem tersebut mengandungi unsur-unsur seperti aktiviti penyerahan dan penyalaan obor Olimpik, upacara perasmian dan penutupan sukan tersebut, persiapan atlet dari pelbagai negara bagi pertandingan itu dan lain-lain akan digambarkan untuk mencerminkan tema Olimpik. Ciri-ciri sesebuah negara penganjur juga boleh dicerminkan dalam filem itu."


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |