Pada tahun 2001, penyanyi perempuan Taiwan Peggy Hsu melahirkan album pertamanya, "Belon", yang mendapat sambutan peminat kerana naynyian dsan ciptaan lagu-lagu yang menarik perhatian ramai peminat. Namun, disebabkan oleh masalah kontrak dengan syarikat rakamannya, dia menyepikan diri daripada bidang nyanyian selama 6 tahun dan sekadar menjadi seorang pencipta lirik lagu. Selepas sekian lama menyepi, dia akhirnya kembali dan menandatangani kontrak dengan syarikat piringan hitam yang baru untuk menerbitkan album terkininya "Kotak Harapan". Sekali lagi dia menarik perhatian ramai peminat. Maka, dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan album itu kepada saudara.
Lagu yang saudara dengar tadi ialah lagu "Sentiasa Hidup Bersama" yang dinyanyikan oleh Peggy Hsu. Irama waltz yang diikuti instrument gendering, melukiskan suasana yang gembira seperti cerita di alam pari-pari. Peggy menggunakan suara yang agak naïf menyampaikan kenangan yang indah terhadap kehidupan semasa kanak-kanak.
Dalam 6 tahun ini, meskipun Peggy tidak muncul menyanyi di pentas, tetapi dia terus bergiat dengan penciptaan lagu dan muzik yang disukainya dan menyampaikan perasaannya yang rumit melalui lirik lagu yang diciptanya. Selain itu, dia juga bekerja sebagai penggubah dan telah beberapa kali dianugerahkan sebagai "Penggubah yang Paling Baik". Namun, dia tidak pernah lekang daripada kegemarannya menyanyi. Maka itu, tampil dengan album "Kotak Harapan". Pengalamannya dalam penggubahan dan rakaman lagu sangat membantu dia menghasilkan album itu dengan lebih baik. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Orang Gila" dalam album itu.
Album itu mengandungi muzik yang bercorakl beraneka ragam. Antaranya, muzik Jazz, Bossanova, elektronik, rock&roll ringan dan lain-lain. Ditambah lagi lirik Peggy yang penuh daya bayangan, album itu telah mencorakkan pemandangan istimewa dalam pasaran muzik pop.
Berikutnya, kita akan mendengar lagu "Angel Man" dalam album itu. Lagu itu lagu cinta yang bercorak rock&roll ringan dan menyampaikan perasaan bahagia yang murni dan mudah Peggy. Dia menyanyi, "Saya menyanyi di tepi kolam renang diterangi sinaran cahaya bulan, dan menyanyi lagu mengenai cinta. Kamu tersenyum sambil mendengar lagu itu. Cerita itu amat mengharukan. Bunga merah luar biasa pada Hari Valentine, sangat romantik. Kamu bidadari idamanku. Aku menyanyi dengan bahagia."
Dalam tempoh 6 tahun ini, kehidupan Peggy mengalami banyak perubahan, namun satu-satunya yang tidak berubah ialah kegemarannya terhadap seni suara dan muzik. Suaranya masih lagi jernih dan tenang.
Pada akhirnya, kita akan mendengar lagu "Jerman Bersalji" dalam album itu. Lagu bermula dengan suara piano yang bercorak Jazz, lalu diikuti pula iringan violin dan akordion. Lagu itu memupuk perasaan penuh manis dan romantik. Silalah, kita sama-sama mendengar lagu itu.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Sentiasa Hidup Bersama"
II "Orang Gila"
III "Angel Man"
IV "Jerman Bersalji"
|