v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu bagi Tenangkan Hati Mangsa Gempa Bumi

2008-05-20 16:38:08 CRI

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan China pada 12 Mei lalu. Kerajaan China sedang bertungkus-lumus berusaha menjalankan kerja-kerja penyelamatan. Dalam ruangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa lagu bagi memperingati korban gempa bumi yang dahsyat itu dan menggalakkan kerjasama dalam tindakan penyelamatan mangsa bencana.

Lagu pertama ialah lagu "Ada Harapan" yang dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi lelaki Hong Kong dan Taiwan. Lagu yang didendangkan bagi menenang hati yang laza. Dalam lagu ini, madah berbunyi, "kalau kau tidak dapat memperoleh sahabat atau bahagia, kembalilah, di sini kami tetap sahabatmu."

Selepas gempa bumi ini berlaku, Presiden Hu Jintao segera mengarahkan jabatan-jabatan yang berkaitan supaya segera menjalankan usaha menyelamat dan menjamin keselamatan penduduk tempatan. Perdana Menteri Wen Jiabao segera berlepas ke kawasan bencana itu untuk memimpin kerja-kerja menyelamat. Beliau mengarahkan pasukan tentera supaya mengambil apa jua langkah untuk sampai secepat mungkin ke kawasan yang ditimpa bencana yang paling teruk, walaupun terpaksa berjalan kaki.

Lagu yang saudara dengar tadi ialah lagu "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing".

Kini, pasukan penyelamat telah tiba di kawasan bencana tersebut. Pasukan Penyelamat Kecemasan Gempa Bumi Negara China juga tiba di kawasan bencana untuk menjalankan tugas.

Sekarang, kami sampaikan lagu "Jangan Tangis, Kawan" yang memberi sokongan dan galakan teguh kepada mereka yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan.

Kerajaan China telah menghantar pasukan perubatan ke kaunti Wenchuan dan kawasan-kawasan bencana yang lain. Hospital-hospital di Sichuan juga sudah bersiap sedia untuk menerima mangsa yang cedera. Ramai penduduk China menderma darah. Masyarakat China dari pelbagai peringkat ramai datang membantu menyelamatkan mangsa. Oleh itu, ramai penduduk di kawasan bencana telah dapat diselamatkan dan bandar-bandar yang rosak itu mulai dibina semula pasca gempa bumi. Sahabat daripada seluruh dunia menyampaikan harapan baik segera pulih kepada mangsa gempa bumi. Pada akhir ruangan ini, kita sama-sama mendengar lagu "Bantu-membantu".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |