v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kita Bersatu Padu untuk Mengatasi Bencana

2008-05-22 10:05:54 CRI

Sekali lagi negara China dilanda malapetaka. Kali ini, gempa bumi yang berukuran 7.8 pada skala Richter. Ia berlaku di Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan, barat daya China pada Isnin lalu. Gegaran gempa tersebut dapat dirasai di beberapa belas provinsi di China. Beberapa kaunti dalam Provinsi Sichuan rosak teruk. Kerajaan China sedang berusaha menjalankan kerj-kerja menyelamat. Dalam ruangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa lagu tentang gerakan menyelamat mangsa bencana tersebut.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita dengar lagu yang bertajuk "Kita Bersatu Padu untuk Mengatasi Bencana".

Selepas gempa bumi berlaku, Perdana Menteri Wen Jiabao segera bergegas ke kawasan tersebut untuk membimbing operasi menyelamat. Beliau mendesak pihak-pihak yang terlibat mencurahkan sepenuh tenaga dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap. Pasukan polis khas dari pelbagai tempat China juga dihantar ke kawasan tersebut untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Bencana gempa bumi di Sichuan juga menjadi tumpuan rakyat seluruh negara. Pelbagai lapisan masyarakat menderma darah dan wang. Berikutnya, kita dengar lagu yang bertajuk "Sayang Dapat Nyalakan Seluruh Dunia".

Selepas bencana itu berlaku, orang Cina dan pelajar seberang laut di Indonesia, Thailand, Filipina, Qatar, Kanada, A.S., Australia, Afghanistan dan Mexico giat menyumbang derma kepada mangsa-mangsa di Sichuan. Seterusnya, disiarkan lagu yang bertajuk "Kami Orang Cina".

Masyarakat antarabangsa juga menyumbang derma kepada China dalam kerja-kerja menyelamat dan membangun semula pasca bencana. Sebagai hidangan terakhir, kita sama-sama dengar lagu yang bertajuk "Esok Akan Lebih Baik".

Semoga usaha menyalamat dan pembangunan semula di kawasan bencana Sichuan dapat dijalankan dengan lancar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |