v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sayang Melimpah di Hati Kami

2008-05-29 16:17:03 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu yang dinyanyikan oleh Liu Yuanyuan.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita dengar lagu yang berjodol "Sayang Melimpah di Hati Kami". Pada pukul 2.28 petang 12 Mei lalu, gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Wenchuan, barat daya China. Nyawa dan harta penduduk di kawasan bencana terjejas teruk. Penyanyi muda, Liu Yuanyuan, pemuzik terkenal Chen Xiaoqi dan Li Xiaobing menggubah dan merakam lagu dalam saat-saat yang cemas. Lagu ini memuji pasukan tentera, pasukan polis dan kumpulan perubatan yang berusaha di barisan hadapan dalam gerakan mencari dan menyelamat. Ia mengutarakan semangat bersatu padu warga China membantu penduduk yang dalam kesengsaraan kerana bencana.

Liu Yuanyuan tamat dari Jurusan Seni Suara Fakulti Kesenian Universiti Etnik-etnik Pusat China pada tahun 1996, dan melanjutkan pembelajaran di Konservatori Muzik Pusat China, berguru kepada profesor seni suara terkenal, Puan Guo Shuzhen. Liu Yuanyuan mahir menggabungkan gaya lagu rakyat dengan bel canto dan pop. Bermula tahun 1996, beliau kerap menyertai Persembahan Malam Gala Tahun Baru China, Stesyen Televisyen Pusat China dan rangkaian persembahan kesenian besar-besaran.

Liu Yuanyuan juga merupakan seorang penyanyi yang pemurah. Bermula tahun 1999, beliau menderma wang untuk membantu 89 orang kanak-kanak miskin di kawasan pergunungan. Selain itu, beliau juga menderma sebahagian pendapatan persembahannya kepada persatuan kebajikan sebagai bantuan kewangan kepada kanak-kanak di kawasan terpencil dan keluarga miskin. Beberapa tahun ini, Liu Yuanyuan telah mengadakan 12 konsert kebajikan di bandar Nanchang, Lanzhou dan Shanghai. Pada tahun 2005, Liu Yuanyuan digelar "Duta Besar Tindakan Memperhatikan Kanak-kanak yang Menjadi Dewasa". Pada awal tahun 2008, ribut salji yang melanda kawasan selatan China menyentuh hati Liu Yuanyuan. Beliau melancarkan sebuah lagu yang bertajuk "Awak Amat Bererti bagi Saya" yang memuji pasukan penyelamat berusaha membantu mangsa bencana salji.

Berikutnya, dengarlah lagu yang bertajuk "Bendera Merah Lima Bintang". Lagu ini mengutarakan rasa cinta orang China terhadap tanah air dan bendera kebangsaan China.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita dengar lagu yang bertajuk "Cintamu di Mana-mana".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |