v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan Giat Berkhidmat untuk Mangsa

2008-05-23 10:48:06 Agensi Berita Xinhua China

Di Pusat Kutipan Derma Barang-Barang Bantuan di Stadium Pekan Hanwang, Chengdu, pasukan sukarelawan sedang gigih bekerja untuk menyerahkan barang-barang bantuan tersebut kepada mangsa yang terselamat.

Encik Tang Xiaoming dari bandar Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan merupakan seorang sukarelawan dalam pasukan tersebut. Pada 13 Mei lalu, beliau telah mendengar tawaran mengumpulkan sukarelawan untuk membantu mangsa di kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi. Setelah mendapat sokongan isterinya yang kini hamil 8 bulan, beliau terus berkhidmat sebagai sukarelawan. Katanya, "saya merupakan seorang pemain lumba kereta dan mempunyai kemahiran untuk memandu kereta. Saya menggunakan kereta sendiri dan membantu persatuan palang merah untuk menghantar barang-barang bantuan ke kawasan yang dilanda bencana gempa bumi.

Di pusat kutipan derma Persatuan Palang Merah Chengdu, barang-barang bantuan seperti pakaian, selimut, makanan, minuman, ubat-ubatan menimbun seperti bukit. Ramai sekali sukarelawan yang bekerja gigih untuk mengemaskan dan membungkus barang-barang tersebut.

Encik Tang Xiaoming menyatakan bahawa beliau memang rindu akan isterinya. Isterinya sedang hamil, dan kini terpaksa menjaga restoran mereka sendirian. Setelah gempa bumi berlaku, isterinya telah membeli barang-barang bantuan bernilai lebih 3000 yuan RMB dan meminta beliau menghantarkannya kepada mangsa yang terselamat. Kini, isterinya dan beberapa orang kawannya memutuskan untuk menyediakan dana sejumlah 200 yuan RMB seorang tiap-tiap bulan dan mengambil dua orang anak yatim piatu akibat bencana gempa bumi ini sebagai anak angkat. Mereka akan menjaga anak-anak tersebut sehingga mereka tamat dari universiti. Mereka masih menantikan jawapan daripada jabatan hal ehwal awam.

Encik Tang Xiaoming menyatakan bahawa beliau telah menemui seorang warga emas yang sesat jalan setelah gempa bumi itu berlaku. Warga emas tersebut telah menjadi mamai, lalu beliau menghantarnya ke Markas Menyelamat dan Membantu Gempa Bumi Dujiangyan. Katanya lagi, kalau mereka menemuinya lebih awal, warga emas itu mungkin tidak menjadi mamai.

Sekarang, semakin ramai penduduk telah menjadi sukarelawan seperti Tang Xiaoming dan berkhidmat untuk mangsa gempa bumi tersebut. Rakyat China kini bersatu padu untuk menghadapi bencana yang begitu teruk.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |