Sekarang, Beijing telah berkembang menjadi sebuah bandar raya antarabangsa dan kawasan komersial yang baru dirancang lepas satu, satu. Jalan Qianmen sudah tidak makmur lagi, manakala bangunan-bangunan purba di sini sudah terjejas teruk. Untuk melindungi wajah bandar purba Beijing, kerja pembaikpulihan mula dilaksankan di Jalan Qianmen. Rancangan itu telah dibincangkan oleh 16 pakar dan mereka mencapai persepakatan. Pegawai Jabatan Artifak Beijing, Encik Wang Shiren berkata:
"Kerja pembaikpulihan mempunyai dua prinsip. Salah itu ialah projek itu mesti memenuhi keperluan fungsi komersial dan memulihkan wajah tradisional bandar itu. Jalan Qianmen bukan sahaja merupakan sebatang jalan komersial, tetapi juga jalan yang mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional China."
Beliau menjelas lagi bahawa projek pembaikpulihan itu dijalankan berlatarbelakangkan wajah Qianmen pada awal abad ke-19. Sebanyak 9 buah bangunan peninggalan sejarah terdapat di kedua-dua belah Jalan Qianmen yang panjangnya 849 meter dari selatan ke utara. Selain itu, 41 buah kedai lama telah dibaikpulih di kawasan itu. 52 buah bangunan yang berciri senibina purba China dibaikpulih berdasarkan wajah asalnya. Jika saudara lalu di Jalan Qianmen, saudara pasti tertarik dengan sebuah bangunan yang dibina dengan kayu, yang terletak dibahagian paling utara Jalan Qianmen. Jalan-jalan di kawasan ini bukan dibina dengan simen, tetapi dengan batu-batu yang berwarna hitam bercampur putih. Menurut cataran sejarah, sejak Beijing diisytiharkan sebagai ibu negara China, Jalan Qianmen menjadi jalan yang mesti dilalui oleh raja China ketika baginda menuju ke Taman Tiantan untuk bersembahyang. Projek pembaikpulihan ini mengembalikan pemandangan tersebut, iaitu dengan terbiranya kembali 'jalan diraja' yang selebar 3 meter yang menggunakan batu putih di bahagian tengah jalan yang lebarnya 21 meter itu. Di kedua-dua belah jalan itu, terdapat kedai-kedai lama yang terkenal di China, seperti kedai itik panggang "quanjude", kedai buku lama, kedai gambar lama "Dabei", teater opera yang lama dan lain-lain. Yang paling menarik ialah "troli bas Dangdang". Kereta elektrik yang menggunakan landasan ini dikenali sebagai "Troli Bas Dangdnag" dalam kalangan penduduk Beijing lama kerana di kepala bas itu terdapat sebuah loceng gangsa. Loceng itu digunakan untuk mengelakkan orang daripada dilanggar oleh bas itu. Sekarang, kita dapat melihat semula "Troli Bas Dangdang" yang telah hilang selama 50 tahun ini. Puan Xi Fushun, seorang penduduk yang berumur 61 tahun berkata:
"Saya naik bas ini waktu saya kecil-kecil dahulu. Saya berasa amat gembira melihat bas in kembali."
Puan Lu Xin dan Dong Xiuqing juga ialah penduduk tempatan Beijing. Mereka amat teruja melihat wajah jalan Qianmen sekarang. Mereka berkata:
"Rupa asal dan moden telah wujud bersama-sama di Jalan Qianmen. Dalam ingatan saya, terdapat pelbagai kedai yang berjenama lama di jalan ini dan kami selalu bermain di sini. Bagi kami, tindakan kerajaan untuk membaikpulih jalan Qianmen amat baik kerana dapat memelihara rupa asal tempat ini. Sekarang, Jalan Qianmen macam sebuah gambar yang cantik."
Baru-baru ini, lebih 100 buah kedai jenama China telah membuka cawangan masing-masing di jalan Qianmen. Kemakmuran kembali wujud di jalan Qianmen.
1 2 3
|