v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sayang yang Melimpah I

2008-06-05 14:58:11 CRI

Pada pukul 2.28 petang 12 Mei?gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Wenchuan, provinsi Sichuan. Ia meragut banyak nyawa dan harta penduduk di kawasan bencana. Selepas malapetaka tersebut berlaku, pelbagai kalangan masyarakat China menyertai usaha-usaha bantuan menyumbang derma kepada mangsa bencana. Masyarakat China bertindak mengutip derma bantuan terhadap kawasan bencana. Kalangan seniman juga bereaksi dengan aktif. Pada malam 14 Mei lalu, persembahan kebajikan besar-besaran "Sayang yang Melimpah" telah dipentaskan di Teater Abad Beijing. Hampir 100 orang bintang terkenal menyertai persembahan amal tersebut bagi mengumpulkan wang derma untuk mangsa bencana gempa bumi Wenchuan. Mereka juga menyeru agar lebih ramai orang menghulur bantuan kepada penduduk Sichuan yang sengsara menghadapi bencana itu. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan persembahan malam itu kepada saudara.

Sebagai hidangan pertama, silalah dengar lagu yang berjodol "Sayang Melimpah di Seluruh Dunia" yang dinyanyikan oleh seratus penyanyi.

Persembahan kebajikan besar-besaran "Sayang yang Melimpah" dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Awam, Persatuan Kebajikan China dan Persatuan Palang Merah China. Aktiviti ini sebagai menyampaikan salam daripada ramai bintang terkenal China terhadap mangsa bencana. Kebanyakan mereka segera menghulur derma selepas mendapat tahu mengenai bencana itu dan akibatnya. Mereka bahkan membatalkan banyak aktiviti persembahan yang dijadualkan dan menyertai persembahan kebajikan.

Berikutnya, marilah kita dengar lagu yang bertajuk "Melari" yang dinyanyikan oleh Yuquan dan Huangzheng. Lagu yang disadur semula ini memperlihatkan tekad dan kepercayaan rakyat seluruh negara yang bersatu padu untuk mengatasi bencana.

Seterusnya, dengarlah lagu yang dinyanyikan oleh Li Guyi yang bertajuk "Marilah Kita Maju Bersama-sama". Lagu ini menyanjung tinggi semangat gigih manusia pada saat-saat menghadapi kesukaran.

Berikutnya, marilah kita dengar lagu utama persembahan malam itu yang dinyanyikan oleh Cai Guoqing, iaitu "Sayang yang Melimpah".

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita dengar lagu yang dinyanyikan oleh Wei Wei yang berjodol "Sumbangan Sayangan".

Saudara pendengar, dengan berakhirnya lagu ini, selesailah ruangan "Irama Klasik" kali ini. Saya akan terus memperkatakan mengenai persembahan malam itu pada minggu depan. Saudara pendengar, salam ceria dan jumpa lagi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |