v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bai Xianyong Perkenalkan Opera Kun ke Britain

2008-06-04 16:08:56 Agensi Berita China

Opera Kun "Astaka Bunga Peony" yang dikenali sebagai legenda percintaan yang paling romantik dalam kesusasteraan China dipentaskan di Teater Sadler's Wells London mulai 3 Jun lalu. Opera edisi baru yang dicipta oleh penulis China, Encik Bai Xianyong itu buat pertama kalinya dihidangkan kepada penonton London.

Encik Bai telah menyumbangkan usaha yang besar bagi menyebarkan dan mempopularkan pengetahuan tentang Opera Kun sejak sekian lama. Beliau juga berjaya menghasilkan karya Opera Kun "Astaka Bunga Peony" edisi baru.

Beliau menyatakan bahawa persembahan opera di London itu akan menarik perhatian seluruh dunia kerana Britain merupakan pusat persembahan seni pentas antarabangsa. Kalau persembahan tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada penonton Britain, ini menandakan bahawa tahap kesenian Opera Kun dikenali dan diiktiraf umum.

"Astaka Bunga Peony", sebuah karya terkenal yang dihasilkan oleh penulis opera Dinasti Ming China, Tang Xianzu, pada kira-kira 500 tahun yang lalu, menggambarkan kisah cinta antara Du Liniang dan Liu Mengmei. Legenda yang cukup klasik ini juga mengharukan perasaan Encik Bai. Dengan demikian, beliau berusaha mencipta opera ini dalam edisi baru dan mempelawa pelakon-pelakon muda untuk mementaskan lagi kisah cinta tersebut.

Encik Bai menganggap bahawa Opera Kun "Astaka Bunga Peony" bukanlah semata-mata satu persembahan, malah sejenis seni yang dicantumkan dengan puisi, nyanyian, tarian dan drama yang mewakili kesenian terunggul bangsa China.

Opera Kun yang mempunyai sejarah selama kira-kira 200 tahun ini, kini menghadapi krisis kepupusan. Menurut Encik Bai, bangsa China telah mencipta budaya yang begitu cemerlang pada suatu masa dahulu. Jadi, pihak-pihak yang terlibat perlulah berusaha untuk menyelamatkan warisan budaya bukan benda tersebut dan memperkenalkannya ke pentas antarabangsa.

Usaha memperkenalkan Opera Kun "Astaka Bunga Peony" ke Britain dan A.S. merupakan sebahagian sumbangan yang dibuat oleh Encik Bai dalam memelihara seni itu. Opera edisi baru itu dipentaskan sebanyak 137 kali di merata-rata tempat di seluruh dunia sejak tahun 2004 dan telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton Barat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |