v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Deserts Zhang dan Lagu-lagunya

2008-06-03 12:47:46 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan penyanyi wanita Taiwan, Deserts Zhang dan lagu-lagunya.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu yang dinyanyi oleh Deserts Zhang. Lagu itu dinamakan "Scream". Deserts mula belajar gitar sejak masa kanak-kanak. Pada umur 13 tahun, dia mula penciptaan muzik, lalu memberi persembahan di pentas pada umur 16, dan menandatangani kontrak dengan syarikat piring hitam. Namun, selepas dia mengikuti rakaman, pengambilan foto, penggambaran video muzik, dan persembahan di sekolah, albumnya masih tidak dapat diterbitkan. Melalui penggungguan lama, dia telah membuat keputusan untuk terus menciptakan mempersembahkan muziknya di Live House, dan memuat lagu dan video persembahannya ke Internet.

Dalam tempoh 5 tahun, dia telah menjadi penyanyi pencipta wanita yang paling popular di pelbagai Live House dan internet. Banyak lagu yang diciptakannya telah menjadi lagu yang paling diminati oleh siswa-siswa. Menerusi internet, lebih banyak orang mengetahui dia.

Pada tahun 2006, Deserts menerbitkan album pertamanya "My Life Will" dengan imej orang baru. Dia tidak melakukan promosi yang besar, hanya dengan lagu yang sederhana dan segar, dan suaranya yang manis dan bersih, album itu telah memberi kesan yang mendalam kepada pendengar dengan perasan hangat.

Sekarang, kita akan mendengar lagu "Baby" yang dinyanyi oleh Deserts.

Dalam album "My Life Will" itu, selain semua lagu diciptakan oleh Deserts sendiri, dia juga menggubah semua lagu, dan menyertai kerja penerbitan. Sekarang, kebanyakan penyanyi menggunakan instrumen elektrik untuk membuat iringan, tetapi Deserts menggunakan instrument asli. Menurut dia, semua instrument berhidup dan mempunyai perasaan sendiri. Maka, menggunakan instrumen asli, lagunya juga seolah-olah berhidup. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "My Life Will".

Memberi persembahan di Live House selama beberapa tahun, Deserts telah mempunyai pengalaman persembahan yang kaya dan banyak lagu baik yang diciptakan sendiri. Pada tahun lalu, dia menerbitkan albumnya kedua "Sayang, Saya Masih Tidak Tahu". Marilah, kita mendengar lagu "Kata yang Terbenci" dalam album itu.

Pada akhirnya, silalah menikmati lagu "Suka" dalam album itu. Lagu itu telah melanjutkan corak albumnya pertama yang sederhana dan segar, dan memberi suasana yang agak sedih tapi hangat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |