v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perlindungan dan Pewarisan Lagu Tradisional Etnik Dong di China
2008-06-09 11:16:39 CRI

Etnik Dong ialah satu etnik yang hidupnya tidak boleh dipisahkan daripada lagu. Terdapat peribahasa etnik Dong yang menyatakan: "Nasi dimakan untuk jasmani, lagu dinyanyikan untuk rohani" Ini mencerminkan pemahaman penduduk etnik Dong terhadap lagu dan muzik. Penduduk etnik Dong tinggal di Provinsi Guizhou, Guangxi dan Yunnan China.

"Lagu Raya Dong" amat terkenal dan boleh mewakili keunggulan lagu etnik itu. Lagu itu dinyanyikan oleh orang ramai tanpa iringan sebarang alat muzik. Lagu itu pernah dicatatkan dalam buku sejarah pada Dinasti Song China dan dikenali ramai oleh tokoh-tokoh muzik pada tahun 1950-an. Ini telah mengubah pandangan orang barat yang tiada seni muzik yang dipersembahankan secara beramai-ramai di China.

Pada tahun 1986, beberapa orang gadis etnik Dong telah menyertai sebuah pesta kesenian di Perancis, dan persembahan mereka meninggalkan kesan yang mendalam kepada tokoh-tokoh muzik barat. Sejak itu, "Lagu Raya Etnik Dong" pun dikenali sebagai "muzik yang bercirikan keunggulan purba China". Selain itu, kumpulan kesenian "Lagu Raya Etnik Dong" ini juga mengadakan persembahan dalam Persembahan Malam Tahun Baru China, iaitu satu pesta yang paling meriah di China yang dianjurkan oleh Stesen TV Pusat China. Dengan sambutan yang hangat yang diberikan kepada lagu itu. Kumpulan kesenian tempatan turut mengadakan persembahan di Singapura, Republik Rakyat Demokratik Korea, Rusia, Hungry, Norway dan lain-lain.

Yang saudara pendengar dengar tadi ialah "Lagu Besar Etnik Dong". Lagu itu dinyanyikan dalam dialek etnik tersebut. Walaunpun kita tidak boleh faham maksudnya, tetapi kita pasti tersentuh oleh muziknya. Dalam sejarah etnik Dong, mereka tidak mempunyai tulisan sendiri, semua perkara seperti sejarah, pengetahuan am, hal-hal kehidupan seharian, prinsip moral dan berita tentang masyarakatnya disimpan dan diwariskan dalam lagu. Pewarisan lagu itu bergantung kepada "guru nyanyi". Sesiapa yang pandai menyanyi lagu etnik Dong akan dipilih oleh masyarakat sebagai "guru nyanyi". Lu Junying ialah seorang guru nyanyi tempatan. Beliau memberitahu wartawan:

"Waktu hari cuti sekolah, saya kerap mengajar kanak-kanak yang berminat untuk menyanyi lagu ini, tidak kira sama ada suara mereka sedap atau tidak. Saya mengalu-alukan semua kanak-kanak dan menganggap ini satu kewajipan saya."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |