v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Chen Kun dan lagu-lagunya

2008-06-10 14:51:54 CRI

Sejak menceburi sektor nyanyian pada tahun 2004, bintang filem Tanah Besar China Chen Kun telah menerbitkan 2 buah album. Lagu-lagunya telah mendapat perhatian dan penilaian tinggi daripada peminatnya. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan Chen Kun dan lagu-lagunya.

Chen Kun ialah bintang filem China yang paling popular sekarang. Beliau pernah melakon dalam filem dan siri drama TV yang sangat popular di China, misalnya siri drama TV "Seperti Kabus, Hujan dan Angin" , filem "Baober yang Jatuh Cinta" dan lain-lain. Lakonannya telah mendapat pujian orang ramai. Namun, mungkin kebanyakan penonton tidak tahu, sebenarnya, Chen Kun ialah seorang penyanyi dari Rombongan Nyanyian dan Tarian Timur China sebelum beliau menjadi bintang filem. Beliau pernah bermimpi untuk menjadi penyanyi pop. Meskipun beliau terkenal sebagai bintang filem, tetapi beliau tidak pernah melepaskan impiannya untuk menjadi penyanyi. Lagu pertamanya ialah lagu "Balik ke Keadaan Mudah" dalam siri drama TV yang dilakonkannya. Lagu itu sangat digemari oleh peminatnya, dan ini juga menegaskan tekadnya untuk menceburi sektor menyanyi. Marilah, kita sama-sama menikmati lagu "Balik ke Keadaan Mudah".

Pada tahun 2004, Chen Kun menandatangani kontrak dengan Syarikat Piring Hitam BMG Hong Kong dan mula mengadakan persiapan untuk album pertamanya. Dengan persiapan selama setahun, beliau menerbitkan album "Menyerap" yang bertema "sederhana" dan "romantik". Album itu dihasilkan oleh beberapa artis muzik terkenal di Taiwan dan Tanah Besar China, antaranya Yao Qian, Xu Changde, You Hongming, Ding Wei dan lain-lain. Maka, album itu memperlihatkan kepelbagaian gaya muzik. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Bunga Api" daripada album pertama Chen Kun.

Dalam sektor nyanyian bahasa Mandarin, ramai penyanyi menyanyi dengan suara yang tinggi untuk menarik pendengar. Namun, Chen Kun menyanyi dengan suara yang sederhana dan rendah untuk menyatakan perasaan yang lembut, ghairah dan tenang. Berikutnya, kita sama-sama menikmati lagu "Yue Ban Wan" dalam album "Menyerap".

Selepas meraih beberapa anugerah dalam arena seni suara, Chen Kun telah menjadi "bintang penyanyi baru" yang paling popular di China.

Seterusnya, Chen Kun mula membuat persiapan untuk album keduanya dan telah mengeluarkan album itu yang bernama "Realisasi Sekali Lagi". Gaya muzik album itu juga beraneka-ragam, meliputi lagu cinta, R&B, elektronik, Jazz, muzik dunia dan lain-lain. Silalah kita sama-sama menikmati lagu "Malaikat Kitar Semula" dalam album itu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Balik ke Keadaan Mudah"

II "Bunga Api"

III "Yue Ban Wan"

IV "Malaikat Kitar Semula"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |