v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sayang yang Melimpah II

2008-06-12 13:17:24 CRI

Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkatakan persembahan malam yang berjodol "Sayang yang Melimpah".

Selepas gempa bumi Wenchuan berlaku pada 12 Mei lalu, kalangan seniman China juga tidak mahu ketinggalan menyumbang bakti membantu mangsa bencana. Mereka bertindak dengan segera mengetahui persembahan amal. Pada malam 14 Mei, satu persembahan kebajikan besar-besaran "Sayang yang Melimpah" telah dipentaskan di Beijing. Hampir 100 orang bintang terkenal menyertai persembahan amal tersebut bagi mengumpulkan wang derma untuk disumbangkan kepada mangsa bencana gempa Wenchuan. Mereka juga menyeru agar lebih ramai menghulur bantuan kepada penduduk Sichuan yang sengsara menghadapi bencana itu.

Lagu yang saudara dengar sekarang berjodol "Harapan" yang dinyanyikan oleh Mao Amin. Lagu ini mengutarakan perhatian berat rakyat China dan salam mereka terhadap penduduk di kawasan bencana.

Seterusnya, silalah dengar lagu yang berjodol "Sayang yang Tidak Terbatas" yang dinyanyikan oleh Tian Zhen.

Selain bintang terkenal dari Tanah Besar China, bintang terkenal dari Hong Kong dan Taiwan juga menyertai persembahan malam tersebut. Penyanyi lelaki Taiwan, Zhang Xinzhe menghidangkan sebuah lagu yang berjodol "Sayang" bagi mengutarakan perhatian beratnya dan salam terhadap penduduk di kawasan bencana.

Selain pemuzik, ramai pelakon filem juga menyertai persembahan itu. Lagu yang saudara dengar sekarang berjodol "Berdoa" dinyanyikan bersama oleh beberapa pelakon filem. Nyanyian mereka mengutarakan harapan rakyat China terhadap penduduk kawasan bencana supaya tabah menghadapi kesukaran dan berusaha membangun semula kampung halaman.

Dalam persembahan malam tersebut, ramai bintang terkenal yang berasal dari provinsi Sichuan menghidangkan persembahan sebagai menyampaikan rasa rindu mereka terhadap kampung halaman. Berikutnya, marilah kita dengar lagu yang dinyanyikan oleh Li Yuchun yang bertajuk "Pemuda China".

Persembahan malam tersebut berakhir dalam nyanyian beramai-ramai kesemua bintang dalam lagu yang bertajuk "Besok Akan Lebih Baik".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |