v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Shanshan, Duta Belia bagi Pertukaran Kebudayaan China-Republik Korea

2008-06-13 17:18:03 CRI

Liu Shanshan ialah seorang juruacara dan juga penyanyi dari orkestra Tentera Laut. Beliau dilantik sebagai Duta Belia bagi Pertukaran Kebudayaan China-Republik Korea.

"Hari di Atas Awan" ialah sebuah lagu cinta yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin dan Korea. Lagu yang dinyanyikan bersama oleh Liu Shanshan dan seorang pelakon Korea ini telah mendapat sambutan baik dan menjadi popular selepas disiarkan di Republik Korea. Penyanyi lagu itu, Liu Shanshan juga mula mendapat perhatian orang ramai. Presiden Persekutuan Kesatuan Belia China-Republik Korea mengenal Liu Shanshan secara kebetulan. Beliau berpendapat, walaupun wajahnya tidak cantik sangat, tapi kelihatan mesra orang. Maka Liu Shanshan yang beruntung dilantik sebagai Duta Belia bagi Pertukaran Kebudayaan China-Republik Korea.

Ketika menyebut pengalaman belajar menyanyi, Liu Shanshan berkata, sebenarnya ibu-bapa pada mula-mula tidak menyokong anak ini menjadi seorang penyanyi. Namun, beliau amat suka menyanyi dan menari sejak kecil kerana minat, dia menguasai banyak pengetahuan tentang muzik. Pada pandangannya, perasaan manusia dapat disampaikan dengan lebih bebas melalui muzik.

Selain menjadi duta belia, Liu Shanshan juga menjadi pelajar asing pertama bagi Puan Lee Kyung-Hwa, pengarah terkenal di Korea yang pernah mengarah persembahan tarian dan nyanyian dalam majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Seoul 1988 dan Piala Dunia Bola Sepak Korea-Jepun 2002.

Liu Shanshan berkata, "Puan Lee Kyung-Hwa merupakan seniman terkenal di Korea. Saya sangat bersyukur dapat belajar kemahiran menyanyi dan menari dengan beliau. Beliau pun tidak asing apabila berjumpa dengan saya. Sebelum ini, beliau tidak pernah mengambil pelajar asing, tapi beliau sedia mengajar saya sebagai pelajar asing pertamanya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |