v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sumbangan Sayang I

2008-06-19 10:20:01 CRI

Gempa bumi Wenchuan yang berlaku pada 12 Mei lalu menarik perhatian pelbagai kalangan masyarakat China. Pada malam 18 Mei, persembahan bagi mengutip derma besar-besaran yang berjodol "Sumbangan Sayang" telah diadakan di Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan sebahagian daripada aktiviti tersebut.

Pada awal acara itu, para peserta bertafakur selama seminit sebagai memperingati mangsa bencana gempa itu. Aktiviti tersebut dimulakan dalam nyanyian bersama ramai seniman yang berjodol "Kita Bersatu Padu".

"Sumbangan Sayang" yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan China dan Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen China, merupakan aktiviti paling besar untuk mengumpulkan sumbangan derma sejak Republik Rakyat China ditubuhkan. Aktiviti itu menghimpunkan hampir 1000 orang seniman terkenal yang melibatkan kalangan sastera, penerangan dan penerbitan, sukan, kebudayaan dan perusahaan. Aktiviti itu menggunakan persembahan kesenian dan video pendek, menyampaikan harapan kalangan seniman untuk menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mengatasi kesukaran mangsa menghadapi bencana.

Sebagai penganjur bersama, Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) memaklumkan, persiapan aktiviti itu hanya memakan masa 4 hari. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah CCTV. Dalam aktiviti itu, tidak ada persembahan perseorangan. Setiap persembahan dijalankan bersama oleh ramai bintang terkenal. Berikutnya, silalah dengar lagu yang berjodol "Sumbangan Sayang".

Kesemua peserta dengan bermurah hati menghulur sumbangan. Kegiatan itu dapat mengumpulkan 1.514 bilion yuan RMB. Antaranya, CRI menghulur sumbangan yang berjumlah 6 juta yuan RMB.

Lagu yang saudara dengar sekarang berjodol "Keghairahan Diperlukan di Dunia" yang dinyanyikan oleh beberapa orang pengacara.

Lagu yang saudara dengar sekarang dinyanyikan oleh Liu Huan, Han Hong, Han Lei, Tan Jing dan Mao Amin. Nyanyian mereka mengharukan semua penonton. Han Hong, penyanyi wanita etnik Tibet menyanyi lagu ini dengan sayu sehingga merembas air mata. Beliau berharap agar kawasan bencana dapat dipulihkan dengan secepat mungkin.

Seterusnya, marilah kita dengar lagu yang berjodol "Seruan Tanah Air".

Sebagai hidangan terakhir, silalah dengar lagu yang berjodol "Saya Adalah Askar Rakyat".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |