v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dokumen Bersiri "Warisan Budaya Dunia di China"
2008-06-30 19:03:59 CRI

Menjelang Sukan Olimpik Beijing, Stesen TV Pusat China (CCTV) sedang mempromosikan sebuah dokumentari bersiri yang bertajuk "Warisan Budaya Dunia di China". Dokumentari ini ditayangkan untuk memperkenalkan warisan budaya dan tamadun China secara menyeluruh kepada rakyat seluruh dunia.

"Warisan Budaya Dunia di China" merupakan dokumentari bersiri yang terdiri daripada 38 episod dan penggambarannya memakan masa selama 7 tahun. Dokumentari itu memperkenalkan 33 warisan alam di China yang disenaraikan dalam 'Senarai Warisan Dunia', warisan kebudayaan dan warisan budaya bukan benda di China. Penonton-penonton bukan sahaja dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah permai, tetapi juga dapat mengetahui sejarah dan budaya tradisional China yang unik.

Pengarah dokumentari ini, Encik Guan Hui menjelaskan bahawa warisan budaya seperti Coliseum di Rome, Kota Larangan di China adalah satu-satunya di dunia ini, dan dokumentari ini dihasilkan untuk menggambarkan keunikan warisan dunia tersebut. Beliau berkata:

"Keunikan warisan budaya merupakan tema utama dokumentari ini. Di belakang keunikan ini, sentiasa terdapat legenda yang menjadikan sesebuah warisan dunia itu unik dan menarik. Setiap episod digambarkan berdasarkan prinsip ini kerana cerita di belakangnya juga amat bernilai."

Kebanyakan warisan alam dan kebudayaan China boleh mencerminkan tamadun purba China. Gunung Tai yang terletak di Provinsi Shandong China memainkan fungsi penting pada zaman feudalisme China. Raja pelbagai dinasti pada zaman purba China pergi Gunung Tai untuk bersembahyang dan berdoa. Manakala, Tembok Besar yang dibina pada lebih 2000 tahun yang lalu yang panjangnya lebih 6000 kilometer itumerupakan projek yang amat ajaib dalam sejarah manusia. Peninggalan sejarah ini juga dipandang sebagai simbol semangat rakyat China. Groto Mogao Dunhuang yang terletak di Provinsi Gansu, barat China adalah peninggalan sejarah yang menggabungkan seni bina, lukisan dan arca tentang fahaman Budda.

Selain itu, warisan budaya bukan benda manusia seperti Opera Kun yang bersejarah 600 tahun, kesenian 'mukamu' etnik Uygur China, alat muzik tradisional China dan lain-lain juga digambarkan dalam dokumentari itu untuk mencerminkan semangat rakyat dan seni tradisional China.

Dalam tempoh petugas dokumentari ini telah yang berlangsung selama 7 tahun, kumpulan penggambaran melawat seluruh China, mewawancara lebih 300 orang pakar dan sarjana dengan jumlah perjalanan sejauh 100 ribu kilometer. Kumpulan petugas ini terdiri daripada staf yang tersohor dari China, Jepun, Republik Korea dan A.S. dengan teknik penggambaran yang canggih di dunia. Jumlah dokumentari yang berlangsung selama 40 jam itu semua digambarkan berdasarkan teknologi terkini. Ini juga merupakan penggambaran yang memakan masa yang paling panjang dengan skop penggambaran yang paling besar. Penerbit dokumentari itu, encik Guan Hui berkata:

"Kami berusaha untuk memberikan pemandangan yang indah kepada penonton dan berharap penonton bukan sahaja mengetahui cerita dan nilai warisan budaya dunia di China, tetapi juga dapat menikmati pemandangan yang indah di China."

Selain daripada menunjukkan dan memperkenalkan warisan budaya China kepada penonton, penggambaran dan penerbitan dokumentari "Warisan Budaya Dunia di China" juga ingin meningkatkan kesedaran penduduk awam tentang perlindungan warisan budaya dunia. Antaranya, peninggalan sejarah Dujiangyan dan Gunung Qingcheng yang terletak di Provinsi Sichuan yang terjejas teruk dalam gempa bumi Wenchuan pada 12 Mei lalu. Maka, peninggalan sejarah itu diterbitkan dalam episod pertama pada 16 Jun lalu oleh Stesen TV pusat China.

Naib Ketua Pengarah Stesen TV Pusat China, Gao Feng memberitahu wartawan bahawa penggambaran dokumentari tentang warisan budaya dunia adalah salah satu cara yang baik untuk melindunginya. Khususnya, sewaktu warisan itu terjejas dalam bencana alam. Maknanya usaha ini amat pragmatik. Beliau berkata:

"Saya yakin semua penonton akan tersentuh ketika melihat peninggalan sejarah Dujiangyan yang terjejas teruk dalam gempa bumi kali ini. Saya rasa inilah cara untuk mengingatkan semua orang supaya berusaha melindungi  warisan budaya dunia di China dan ini adalah kewajipan setiap orang China."

China's Story INC ialah sebuah jabatan perfileman Jepun yang bekerjasama dalam penggambaran dokumentari "Warisan Budaya Dunia di China"  ini.  Pengarah jabatan itu, Kentaro Tsvjita menyatakan bahawa jabatan mereka juga akan mempromosikan dokumentari itu kepada penduduk Jepun melalui pelbagai saluran. Beliau berpendapat bahawa dokumentari itu paling sesuai untuk ditayangkan di seluruh dunia untuk memperkenalkan kebudayaan China. Beliau berkata:

"Dokumentari ini bukan sahaja membuktikan kemampuan penggambaran filem China yang begitu maju, malah juga membukti keindahan pemandangan di China. Semangat raykat China yang bersatu-padu semasa menghadapi bencana alam juga dicerminkan dalam dokumentari itu dan amat menggalakkan. Saya yakin dokumentari itu pasti akan menjadi karya yang terunggul bagi menyebarkan dan menunjukkan kebudayaan China yang berwarna-warni kepada rakyat seluruh dunia."

Penerbit dokumentari itu, Encik Guan Hui menjelaskan bahawa kumpulan petugas dokumentari ini juga akan menggunakan bahan-bahan yang digambarkan kali ini untuk membuat lebih banyak program TV yang lain dalam pelbagai bentuk supaya lebih ramai orang dapat menikmati dan mengetahui peninggalan sejarah China. Di samping itu, kerja penggambaran juga akan diteruskan supaya dapat mengumpul semua warisan dunia di seluruh di China.

Difahamkan bahawa ketika dokumentari "Warisan Dunia di China" ditayangkan, buku-buku yang disadur daripada dokumentari ini juga akan diterbitkan untuk pembaca.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |