v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Zhong Yong" Teori Pendidikan yang Penting pada Zaman Purba China

2008-07-01 17:09:38 CRI

"Zhong Yong" ialah karya tentang teori pendidikan pada zaman purba China. Konfusianisme menjelaskan tentang Kesederhanaan dan mengemukakan isu pembangunan sifat kemanusiaan dalam karya tersebut. Ia menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak dilepaskan daripada pengaruh Zhong Yong. Nilai karya ini terletak pada pembangunan konsep Kesederhanaan dengan pembangunan sifat manusia dan kelakuan.

Tema utama Kesederhanaan adalah mengajar manusia membangunkan sifat kemanusiaan, mengawal diri, mendidik diri dan menyempurnakan diri, menjadi orang yang mempunyai personaliti yang ideal. Pendidikan diri diteruskan sepanjang hayat dan berperanan penting dalam kehidupan. Kita perlu kekuatan mengawal dan mengawas diri.

Ahli fikir yang terkenal pada zaman purba China ini menjelaskan bahawa asas teori Kesederhanaan adalah keharmonian antara manusia dengan alam yang melibatkan ajaran Wu Da Dao dan Jiu Jing. Wu Da Dao bererti menggunakan Kesederhanaan untuk menyeimbangkan lima jenis hubungan antara individu, iaitu hubungan antara Raja dengan pegawai, bapa dengan anaknya, suami dengan isteri, abang dengan adik lelaki, dan hubungan antara kawan-kawan. Jiu Jing bermaksud menggunakan Kesederhanaan untuk melaksanakan 9 acara kerja, iaitu membangunkan sifat kemanusiaan diri, menghormati orang lain, menyayangi akan keluarga dan saudara mara, menghormati pegawai, prihatin terhadap rakyat, menggalakkan pekerja, mengalu-alukan tetamu dan menenangkan pelbagai gabenor.

Sebagai salah satu teori yang penting dalam ilmu falsafah klasik China, Zhong Yong pernah mempengaruhi personaliti orang China secara meluas. Sebagai karya klasik dari zaman purba, Zhong Yong mengesan perkembangan kebudayaan China. Beberapa penjelasan di dalamnya masih membawa makna yang positif bagi manusia membangunkan sifat kemanusiaan dan menyesuaikan pergaulan pada zaman sekarang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |