v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Guo Tao, Pelakon Komedi yang Diminati Ramai di China

2008-07-02 13:45:20 CRI

Pelakon lelaki China, Guo Tao semakin diminati ramai kerana sikapnya yang terbuka dan berterus-terang serta seorang yang mempunyai sifat yang lucu. Drama moden dan filem yang dilakonkannya dalam tahun-tahun kebelakangan ini memperoleh kutipan jualan tiket yang tinggi. Jadi, dalam program ini, saya akan membawa saudara saudari mengenali pelakon yang berbakat ini.

Guo Tao, 40 tahun, seorang pelakon dari Kumpulan Teater Kebangsaan China, menamatkan pengajian daripada Institut Drama Pusat China dalam bidang persembahan pada tahun 1992. Sejak tahun 1990-an, beliau ditawarkan peranan utama dalam banyak drama moden. Lakonannya dalam drama moden "Menunggu Godot" dan "Serambi" mendapat sambutan peminat.

Beliau sudah melakonkan watak utama dalam hampir seratus buah drama bersiri TV termasuk "Rumah Lama" dan "Bertemu di Shanghaitan", serta filem "Masih Hidup" yang diarahkan oleh pengarah filem terkenal, Zhang Yimou. Tetapi, filem yang menjadikan nama Guo Tao meniti di bibir peminat di seluruh negara ialah filem "Batu Gila" yang dikenali juga dengan "Crazy Stone" ditayangkan pada tahun 2006.

"Batu Gila" yang diarahkan oleh pengarah filem, Ning Hao ialah sebuah filem yang kosnya amat rendah. Filem itu mendapat sambutan yang amat baik daripada penonton kerana adegan-adegannya yang sangat lucu. Selepas ditayangkan, filem itu mendapat kutipan jualan tiket yang tinggi, iaitu 10 kali ganda daripada kos pembikinannya. Guo Tao menyatakan: "Setelah filem 'Batu Gila' mencapai kejayaan yang besar pada tahun 2006, sejumlah besar filem dengan kos yang rendah muncul berturut-turut di pasaran perfileman China dan telah mendapat sambutan yang baik, malahan memperoleh anugerah dalam pesta filem. Saya berharap agar lebih banyak pengarah filem muda China dapat melibatkan diri dalam usaha membuat filem yang genrenya berbeza dan dengan kos yang rendah."

Guo Tao menjadi popular kerana lakonannya dalam filem "Batu Gila" itu. Filem tersebut sebuah filem komedi yang ceritanya bermula dengan penemuan sebiji batu zamrud bernilai tinggi di bilik air. Wataknya sebagai ketua kumpulan penjaga keamanan, seorang yang tidak penting dalam pekerjaannya. Disebabkan filem tersebut dipenuhi dengan "humor hitam", plot yang berliku-liku dalam dialek China, maka penonton tertarik mengikuti perkembangan cerita itu. Teknik lakonan Guo Tao dalam filem itu kelihatan matang dan semula jadi. Beliau berjaya melakonkan watak orang yang tidak penting yang berasa tidak berupaya dalam kehidupan yang penuh getir. Menurutnya, selepas membintangi filem itu, beliau mendapati dirinya amat sesuai untuk memegang watak sedemikian yang gigih berjuang dalam realiti hidup yang kejam.

Setahun kemudian, Guo Tao memegang watak utama dalam filem komedi bersiri "Dua Orang Bodoh" yang juga dikenali dengan "Two Stupid Eggs". Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah tidak lagi mempunyai nafsu seks berusaha sedaya upaya untuk membuat filem yang berjudul "Panduan untuk Suami Isteri yang Baru Berkahwin" untuk memperoleh pendapatan yang lebih. Dalam proses pembikinan filem itu, pasangan tersebut mengimbas kembali kenangan semasa pertama kali jatuh cinta. Filem "Dua Orang Bodoh" itu terdapat banyak babak yang bukan-bukan lagi lucu. Guo Tao berpendapat, filem tersebut penuh dengan kejutan dan lelucon. Menyentuh tentang adegan yang bukan-bukan, beliau menyatakan: "Hal-hal yang bukan-bukan mungkin terjadi setiap hari. Cara menanganinya akan memperlihatkan kecerdasan seseorang. Adakalanya, kita mengimbas kembali perkara yang kita alami puluhan tahun yang lalu. Kita mungkin rasa, perkara yang terjadi pada waktu itu memang tidak masuk akal, tetapi itulah pengalaman peribadi yang membuatkan kita menjadi semakin cerdas dan matang."

Baru-baru ini, novel "Gembira" yang juga dikenali dengan "Gaoxing" dalam bahasa Mandarin, sebuah karya yang dihasilkan oleh penulis terkenal di China, Jia Pingwa diadaptasi menjadi filem. Novel itu menceritakan kisah Liu Gaoxing, seorang petani bersama temannya mengadu nasib di bandar. Karya itu menggambarkan nasib pelbagai golongan yang hidup pada peringkat paling bawah dalam masyarakat, seperti pengemis dan pekerja dari desa. Selain melukiskan kehidupan yang perit getir, Jia Pingwa juga prihatin terhadap cita-cita dan percintaan yang dilalui oleh mereka. Lakonan Guo Tao dalam filem itu mendapat pujian tinggi daripada Jia Pingwa, kerana beliau berjaya menghidupkan watak utama yang lucu kepada penonton. Menurutnya, kisah yang diceritakan dalam novel tersebut biasa berlaku di China. Untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada filem tersebut, Guo Tao menolak tawaran lakonan yang lain. Beliau berasa sangat gembira kerana dapat memegang karakter yang berbeza daripada watak-watak yang dibintanginya dahulu. Katanya: "Sebagai pelakon, kalau selalu berlakon dalam filem komedi dengan karakter yang sama, agak sukar mencapai kemajuan yang besar. Saya akan mencuba membintangi filem yang gayanya berbeza pada tahun ini. Ini merupakan peluang yang amat baik bagi saya dan berharap agar perubahan tersebut dapat diterima oleh peminat. Sudah tentulah, filem komedi tetap merupakan salah satu genre yang saya gemari."

Guo Tao berharap dapat melakonkan lebih banyak peranan yang berbeza supaya dapat memperhalusi teknik lakonannya dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada peminat.----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |