v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kakak dan Adik Perempuan di Padang Rumput

2008-07-03 11:46:51 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang konserto Pipa yang berjodol "Kakak dan Adik Perempuan di Padang Rumput" yang dimainkan oleh Liu Dehai dan diiringi oleh Orkestra Filharmonik Pusat China.

Konserto itu digubah oleh pemuzik Wu Zuqiang, Wang Yanqiao dan Liu Dehai pada tahun 1973. Muzik itu dimainkan oleh Pipa dengan iringan orkestra, dan menceritakan dua orang gadis etnik Mongol, Long Mei dan Yu Rong berusaha melindungi kumpulan kambing mereka semasa dilanda ribut salji di padang rumput pada tahun 1964, menyanjung tinggi semangat belia China yang mencintai semangat kerjasama secara kolektif dan keberanian. Irama muzik ini mempunyai ciri-ciri etnik Mongol.

Konserto Pipa "Kakak dan Adik Perempuan di Padang Rumput" terdiri daripada lima bahagian, iaitu "Penternakan di Padang Rumput", "Bergelut dengan Ribut Salji", "Maju Terus dalam Tengah Malam yang Sejuk", "Perhatian Parti Komunis China Diingat dalam Sanubari" dan "Bunga Merah Mekar".

Bahagian kedua koserto itu yang berjodol "Bergelut dengan Ribut Salji" menggambarkan keberanian kedua-dua beradik perempuan tersebut. Irama yang dimainkan oleh violoncelo menandakan kedatangan ribut salji. Irama yang dimainkan oleh Pipa dengan alat muzik tukulan menggambarkan ribut salji dan ketulan hujan batu yang melanda padang rumput dan kumpulan kambing. Selepas itu, bunyi Pipa yang nyaring memperlihatkan tekad gigih Long Mei dan Yu Rong untuk melindungi kumpulan kambing daripada bencana. Bahagian ketiga yang berjodol "Maju Terus dalam Tengah Malam yang Sejuk" menggambarkan mereka yang tidak takut menghadapi ribut salji. Seterusnya, marilah kita nikmati dua bahagian itu.

Bahagian keempat yang berjodol "Perhatian Parti Komunis China Diingat dalam Sanubari" menggambarkan kecintaan kedua-dua beradik perempuan itu terhadap tanah air. Bahagian kelima mengulangi semula tema bahagian pertama yang berjodol "Penternakan Padang Rumput". Irama yang lebih gembira menggambarkan padang rumput yang dihiasi oleh bunga merah. Kisah kakak dan adik perempuan tersebut juga disebarkan ke seluruh negara. Berikutnya, marilah kita nikmati kedua-dua bahagian tersebut.

Konserto Pipa "Kakak dan Adik Perempuan di Padang Rumput" dipersembahkan oleh Orkestra Filharmonik Pusat China buat kali pertama pada tahun 1976. Ia juga dimainkan di A.S. pada tahun 1978 dan 1979 kedua-duanya mendapat sambutan ramai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |