v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sekumpulan Lagu Bagi Mengatasi Gempa Bumi

2008-07-08 16:14:55 CRI

Salam sejahtera, saudara pendengar. Selamat mengikuti ruangan "Rentak Suka Ramai" kali ini. Saya Kartiko, penyiar setia anda. Pada pukul 14.28, 12 Mei lalu, gempa bumi yang berukuran 8 pada skala Richter berlaku di Kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan China. Ramai orang terbunuh dan tercedera di kawasan itu, dan infrastruktur di sana juga terjejas dengan serius. Menghadipi bencana serius tersebut, pelbagai kalangan masyarakat China memberi bantuan besar. Bidang kesenian China juga bertindak aktif untuk menggalakkan semangat mengatasi bencana dengan lagu-lagu mereka. Maka dalam ruangan hari ini, saya akan menyiarkan beberapa lagu daripada sebuah persembahan amal muzik rock&roll yang diadakan di Beijing.

Lagu yang tadi ialah lagu daripada Kugiran "Senapang Gula-gula", "Berpisah dengan Tersenyum". Provinsi Sichuan ialah kawasan tarikan pelancong dan provinsi dengan pemandangan yang indah sekali. Namun, keindahannya tiba-tiba hilang kerana terjejas teruk dalam gempa bumi pada 12 Mei. Jutaan penduduk tempatan kehilangan rumah dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan. Mereka menghidangkan lagu "Berpisah dengan Tersenyum" kepada rakyat di kawasan bencana.

Wing Yip pernah anggota kugiran "Beyond" yang pernah kugiran terhebat di Hong Kong malah seluruh China. Kali ini, dia datang dan menyanyi lagu "Masa Depan yang Cerah" yang terkenal.

Wing Yip memaklumkan wartawan, dia menyanyi lagu itu adalah untuk menggalakkan teman-teman di kawasan bencana secepat mungkin ke luar dari rasa sedih dan memeluk masa depan yang cemerlang.

Seterusnya, kita akan menikmati lagu "Jangan Putus Asa" daripada Kugiran Xin dari Taiwan. Lagu itu khusus diciptakan untuk persembahan amal itu.

Lagu terakhir untuk hari ini ialah lagu "Pelabuhan" yang dinyanyi oleh Kugiran Wajah. Dalam lagu itu, mereka menyanyi, "Impian yang manis ditelan oleh bencana, ramai jiwa hilang. Kita tidak ingin percaya bencana yang berlaku itu benar. Kamu masih menunggu, tunggu sanak saudara yang hilang. Aku pelabuhanmu dan memberi kehangatan kepada hatimu yang sejuk." Penyanyi utama kugiran itu, Chen Hui juga menyatakan ini lagu amalan yang khusus diciptakan untuk kerja menyelamat bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |