v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sekumpulan Lagu Bagi Mengatasi Gempa Bumi

2008-07-15 15:50:49 CRI

Pada pukul 2.28 petang, 12 Mei lalu, gempa bumi yang berukuran 8 pada skala Richter berlaku di Kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan China. Ramai yang terbunuh dan cedera di kawasan itu, dan infrastruktur di sana terjejas dengan teruknya. Dalam menghadapi bencana dahsyat tersebut, pelbagai kalangan masyarakat China menymbang bantuan besar barangan dan kewangan. Bidang kesenian China juga bertindak aktif untuk menggalakkan semangat berganding bahu mengatasi bencana menerusi lagu-lagu mereka. Maka dalam ruangan hari ini, saya akan menyiarkan beberapa lagu dan berharap lagu-lagu tersebut dapat memberi semangat dan daya kekuatan kepada mangsa di kawasan bencana berusaha mengatasi bebanan yang ditanggung.

Lagu yang saudara dengar tadi ialah lagu "Percaya Cinta", yang dinyanyikan oleh lebih 200 orang penyanyi daripada Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan. Lagu itu khusus untuk mangsa bencana dirakam pada 14 Mei lalu. Ada penyanyi segera datang ke Beijing untuk merakam lagu itu sewaktu mereka mendengar maklumat tersebut. Mereka juga menderma wang dan berharap dapat meringankan kesengsaraan rakyat di kawasan bencana.

Provinsi Sichuan ialah kawasan tarikan pelancong dan provinsi dengan pemandangan yang indah sekali. Namun, keindahannya tiba-tiba hilang kerana terjejas dengan teruk dalam gempa bumi pada 12 Mei. Jutaan penduduk tempatan kehilangan rumah dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan. Kugiran "Senapang Gula-gula" memaklumkan wartawan, mereka pernah melawat ke bandar Chengdu yang indah. Tetapi sekarang bandar itu terjejas teruk. Mereka sangat sedih dengan keadaan itu. Maka, mereka menghidangkan lagu "Berpisah dengan Tersenyum" kepada rakyat di kawasan bencana. 

Gempa bumi hebat bandar Tangshan, provinsi Hebei China yang berlaku 30 tahun lalu masih terbekas dengan mendalam dalam ingatan orang China. Sekarang, bandar Tangshan telah dibina semula menjadi bandar baru yang indah. Kita percaya, dengan bantuan daripada pelbagai kalangan masyarakat, rakyat di kawasan bencana pasti dapat membangunkan semula kampung halaman menjadi lebih indah.

Seterusnya, kita akan mendengar lagu "Senafas" yang dicipta dan dinyanyi oleh Chen Hui.

Pada akhirnya, saya akan menghidangkan lagu "Sumber Cinta". Kita berharap dengan lagu itu, rakyat di kawasan bencana dapat merasai bahawa kesengsaraan mereka diberi perhatian pelbagai pihak. Semoga rakyat di kawasan bencana dapat mengatasi semua kesukaran dan membina kehidupan baru yang cemerlang pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |