v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu untuk Mengatasi Bencana

2008-07-15 12:46:39 CRI

Pada pukul 14.28, 12 Mei lalu, gempa bumi yang berukuran 8 pada skala Richter berlaku di Kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan China. Ramai orang terbunuh dan tercedera di kawasan itu, dan infrastruktur di sana juga terjejas dengan serius. Menghadipi bencana serius tersebut, pelbagai kalangan masyarakat China memberi bantuan besar. Bidang kesenian China juga bertindak aktif untuk menggalakkan semangat mengatasi bencana dengan lagu-lagu mereka. Maka dalam ruangan hari ini, saya akan menyiarkan beberapa lagu dan berharap lagu-lagu tersebut dapat memberi kehangatan dan daya kepada mangsa di kawasan bencana.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu penyanyi Sichuan Li Yifeng "Jangan Tangis Kanak-kanak". Sama dengan ramai orang lain, Li Yifeng memprihatin terhadap keadaan dan kerja menyelamat di kawasan bencana menerusi TV dan internet sejak gempa bumi itu berlaku. Dia sangat berprihatin tentang anggota keluarga dan teman-temannya di Sichuan. Namun, yang paling menyedihkan hatinya ialah kanak-kanak yang cedera dalam gempa itu. Maka, dia segera menciptakan lagu itu bagi menggalakkan semangat kanak-kanak dan menyatakan salam terhadap penduduk di kawasan bencana.

Lagu yang saudara akan dengar ialah lagu penyanyi Li Yuchun "Sama denganmu". Lagu itu melukiskan keberanian dan keteguhan rakyat China semasa menghadapi bencana.

Menghadapi bencana, cinta dapat menjadi kekuatan yang sangat besar dan menutup kerugian akibat bencana alam. Marilah, kita sama-sama menikmati lagu "Kekuatan Cinta" yang dinyanyikan oleh penyanyi Xinjiang, Amguulan.

Selepas gempa bumi berlaku, wartawan menghubungi Amguulan menerusi telefon. Dalam wawancara, dia menyatakan, dia berharap dengan lagu tersebut dapat menyeru lebih banyak orang memberi amalan dan menyertai kerja menyelamat gempa bumi.

Setelah gempa bumi berlaku, pengarah ruangan "Tumpuan Bersama" Stesen TV Pusat China, Wang Qi selalu memperhatikan keadaan di kawasan bencana. Ketika dia melihat pemimpin Negara, tentera, pasukan doktor dan perawat pergi ke kawasan bencana secepat mungkin untuk memberi bantuan, dia sangat terharu. Maka, dia mendapatkan penyanyi terkenal, Han Lei untuk menyanyi lagu "Usaha Bersama dapat Mengatasi Semua Kesukaran" yang khusus diciptanya bagi kerja menyelamat. Silalah, kita mendengar lagu itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |