v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malam Gembira Sumbangan Seniman bagi Membantu Menyelamat Gempa Sichuan

2008-07-22 15:57:37 CRI

Selepas berlaku bencana gempa yang teruk di provinsi Sichuan, pelbagai kalangan masyarakat China termasuk saudara setanah air Taiwan segara menghulurkan bantuan. Bantuan yang disumbungkan dari dalam dan luar negeri terutama bagi kerja pembinaan semula pasca bencana di provinsi Sichuan. Usaha mengutip dana menerusi pelbagai cara. Bagi golongan seniman, mereka ada cara sendiri. Salah satunya, malam gembira yang bertema "Berusaha Bersama bagi Membina Semula Kampung Halaman" diadakan di Beijing baru-baru ini. Ramai penyanyi Tanah Besar China dan Taiwan menyertai malam gembira itu masing-masing berhasrat menyumbang bakti untuk membantu mangsa bencana. Maka, dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan mengenai keadaan malam gembira itu kepada anda.

Pada malam itu, penyanyi Tanah Besar China, Cik Tan Jing memberi lagu "Tidak Berpisah" untuk membuka malam gembira itu. Nyanyian Tan Jing mengharukan semua penonton di tempat. Dalam lagu itu, Tan Jing menyanyi, "Saya menunggu khabarmu semasa menghitungkan saat. Saya percaya nyawa berkekal apati dan bernafas dengan sembahyangmu. Saya merindukanmu meskipun kamu tak kelihatan."

Rombongan penyanyi Taiwan "S.H.E" yang sangat popular di seluruh Negara memberi lagu "Dunia Baru yang Indah" pada malam itu. Lagu itu melukiskan gambaran tentang sebuah dunia yang indah dan harmoni. "S.H.E" berharap dengan lagu itu memberi semangat kepada rakyat di kawasan bencana untuk mengatasi semua kesukaran dan membina semula kampung halaman baru yang indah.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |