v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Bertemu di Beijing, Aktiviti Kebudayaan 2008"

2008-07-24 13:05:36 CRI

Pesta Seni Olimpik Ke-6 dan "Bertemu di Beijing, Aktiviti Kebudayaan 2008" dirasmikan di Beijing pada akhir Jun lalu. Lebih 400 orang seniman dari Greece dan China menyertai majlis perasmian itu. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan mengenai majlis perasmian tersebut.

Pada permulaan persembahan malam itu, upacara menyalakan api Olimpik dipentaskan sekali lagi. Seniman Greece mengulangi suasana pemandangan manusia semasa menyambut api Olimpik. Yang saudara nikmati sekarang merupakan puisi "Doa untuk Apollo" dan "Doa untuk Pemenang Pertama Sukan Olimpik" yang dideklamasikan oleh pendeta wanita, Ino Menegaki semasa menyalakan api.

Pameran kebudayaan dan kesenian perlu ada jika mahu Sukan Olimpik yang "bertaraf tinggi" diadakan dengan jayanya. Pertukaran kebudayaan dan kesenian juga memperlihatkan konsep "Kemanusiaan Sukan Olimpik". Sejak Sukan Olimpik Barcelona diadakan, kesemua bandar penganjur mengadakan pesta kebudayaan Olimpik. Beijing juga mewarisi tradisi ini. Pesta kebudayaan Olimpik diadakan di Beijing buat kali kelima sejak tahun 2003.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan muzik iringan tarian Asia Kecil dan Cappadocia menggunakan sapu tangan dan sudu kayu. Beberapa pasangan penduduk yang berasal dari Asia Kecil memakai pakaian indah permai, mengayunkan sapu tangan yang putih, sambil memukul sudu kayu. Keceriaan dan kegembiraan mereka mengharukan penonton.

Persembahan malam itu merupakan pembangunan dan pertukaran kebudayaan timur dengan barat, terdiri daripada dua bahagian yang berjodol "Salam daripada Kampung Halaman Olimpia" dan "Lima Lingkaran Kesenian".

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan muzik tarian China yang berjodol "Tengah Malam".

Dalam persembahan malam itu, lebih 400 orang seniman dalam dan luar negara menghidangkan 20 persembahan yang menarik. Penyanyi wanita terkenal China, Song Zuying menyanyikan lagu rakyat Jiangsu yang berjodol "Bunga Melur".

Sebagai hidangan terakhir, seniman China, Greece dan negara asing yang lain bersama-sama naik ke pentas dan mempersembahkan sekali lagi "upacara penyerahan api obor". Dengan itu, persembahan malam tersebut berakhir.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |