v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pujian Sukan Olimpik

2008-07-31 13:26:25 CRI

Pada malam 2 Julai lalu, lebih 600 orang pemuda dari China dan Amerika Syarikat berpadu tenaga mempersembahkan konsert simfoni yang berjodol "Pujian Sukan Olimpik" di Dewan Besar Rakyat Beijing. Dengan itu, Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa China "Bertemu di Beijing 2008" dirasmikan. Ia juga merupakan salah satu aktiviti kebudayaan menjelang Sukan Olimpik Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang sebahagian konsert itu kepada saudara.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu pembukaan konsert "Pujian Sukan Olimpik", iaitu lagu orkestra yang berjodol "Api Alam Semesta". Karya yang digubah oleh pemuzik China, Zhou Long ini merupakan pengisytiharan menyampaikan penghormatan terhadap semangat Sukan Olimpik.

Pemuda yang menyertai konsert tersebut dari Universiti Tsinghua, Universiti Peking, Konservatori Muzik Pusat China, Korus Alumni Universiti Taiwan di Amerika Utara, Universiti Stanford Amerika Syarikat dan Korus Kanak-kanak Los Angeles. Mereka membentuk kumpulan simfoni yang terdiri daripada 200 orang dan kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 400 orang. Golongan pemuda ini mempersembahkan muzik moden yang menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa China merupakan komponen penting dalam kegiatan kebudayaan "Bertemu di Beijing 2008" yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan China. Ia juga merupakan salah satu aktiviti kebudayaan Sukan Olimpik Beijing yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran kebudayaan pemuda sedunia dan mendorong pembangunan kesenian pemuda sedunia.

Dalam tempoh minggu kesenian itu, seniman muda dari Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol, Jepun dan China menghidangkan 15 persembahan muzik, tarian dan drama bagi mencipta suasana budaya yang baik bagi Sukan Olimpik 2008.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Rapsodi Biru" yang dimainkan oleh pemain piano Amerika Syarikat, Jon Nakamatsu. Beliau lulus daripada Universiti Stanford itu memperoleh anugerah emas dalam Pertandingan Piano Antarabangsa Van Cliburn pada tahun 1997. Beliau merupakan salah seorang pemain piano yang paling terkenal di Amerika Syarikat.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Lagu Tarian Barat". Karya pemuzik Amerika Syarikat, Aaron Copland ini bercirikan muzik irama country Amerika Syarikat.

Pemain biola terkenal China, Chen Xi mempersembahkan muzik konserto biola yang diketahui umum, iaitu "Liangzhu". Golongan muzik luar menilainya sebagai "Konserto Cinta Rama-rama". Chen Xi berkata, sebagai orang muda, beliau mempunyai fikiran dan penjelasan sendiri terhadap "Liangzhu". Persembahannya memperlihatkan harapan golongan muda terhadap cinta yang romantik.

Konsert itu berakhir dengan jayanya dengan muzik simfoni ke-9 Ludwig Van Beethoven "Pujian Kegembiraan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |